17 April, 2011

Even by an email’s status


Masa: Awal petang


Status email: Burden


Mood lagu: Opick- Cahaya hati.


While checking emails, seorang ukhti tegur di chat room:


Mirae^: Salam ukhti


Baba_blackship: salam, ye?


Mirae^: mahu minta tolong boleh?


Baba_blackship: insyaAllah, apa dia ukhti?


Mirae^: minta tolong bagi tahu pada Maisarah supaya bagi ana email tentang kuaci manis lagi sedap.


Baba_blackship: ok, insyaAllah.. Ukhti, nak minta tolong juga boleh?


Mirae^: ye?


Baba_blackship: boleh tak bagi nasihat sikit..


Ana rasa macam nak senang dengan seorang kawan ana ni..


*senang


Mirae^: then?


Baba_blackship: nak nasihat daripada enti macam mana nak berlapang dada..


Even kita pun manusia biasa..


Still ada rasa tak senang bila dia buat apa yang kita tak gemar.


Mirae^: apa yang dia dah buat sampai anti rasa tak senang ye?..


Mirae^ new message – "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."- ahli hikmah.


Baba_blackship memerhati dan cuba menghadam status email terbaru mirae^. Dia tersenyum. Alhamdulillah, terasa sedikit lega apabila membaca status itu.


Baba_blackship: ada discussion..


Tapi bila nak buat, ana call dia tak angkat..


Tak apalah ukhti..


Jazakillah..just nak meluahkan saja..


Mirae^'s new status message- "sesiapa yang merasakan kasih sayang Allah terputus semasa Allah menguji dia, itu petanda dia belum kenal Allah.." ibn 'Ataillah.


Baba_blackship berulang kali membaca status email mirae^. Dia tahu mirae^ cuba menasihatinya melalui status email. Bila baca status mirae^ yang kedua itu, baba_blackship tersentap. Baru dia sedar, sudahkah dia mengenal Allah dengan sebenar-benarnya? Hinggakan ujian sebegini masih tak sedar-sedar bahawa itu adalah tanda kasih sayang Allah.


Mirae^: ana tak buat apa-apa pun ukhti..=)


Jazakillah khair~


Semoga Allah mempermudahkan urusan anti..


Baba_blackship: ye, insyaAllah..amiin. All the best untuk exam nanti.


Mirae^: love~


Ulasan:


Powernya seorang ukhti dalam menasihati akhawatnya. Even by an email's status.


Masa: lewat petang.


Status email: jazakillah ukhti *i**


Mood lagu: Brothers- Untukmu teman


5 comments:

hANySS JonG said...

salam.

post syira akhir2 ni byk membantu akak mencari kekuatan diri.

jazakillah...=D

umat Muhammad said...

salam,

alhamdulillah.

uhibbunur~ said...

berlapang dada.
kata mudah.
amal?
Allah lah yang beri kekuatan~~~~

fasbir, sobron jameel :)

nur amanina said...

salam ukht, ana macam penah tengok je status tu. =) benar.

umat Muhammad said...

uhibbunur>

benar,Allah jualah sumber kekuatan.

amanina>

ukhtimu ukhtiku juga~