01 December, 2010

Erti disember ini

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt kerana di saat ini masih lagi bernafas dan merasai nikmat untuk hidup dan menikmati peningkatan umur buat diri. Suka untuk saya muhasabah kembali, apakah yang telah saya sumbangkan untuk Islam dengan peningkatan umur ini?. Jika masa zaman Rasulullah saw, Usamah bin Zaid sudah memimpin bala tentera Islam hanya pada usia belasan tahun! Allahuakhbar.

Disember tahun ini, saya masukinya dengan perasaan debar dan syukur yang tak terhingga. Terutamanya pada 2hb, 10hb, 10-12hb dan juga saat ulangtahun kelahiran sahabat-sahabat yang lain.

2hb 12..saya lahir pada tarikh ini. Bersyukur kerana ramai sahabat-sahabat yang mengingatkan diri dengan ucapan-ucapan yang mampu buat diri musahabah kembali nikmat umur yang diberikan.

Ya, umur..sejauh mana kita memaknainya? Saya bersyukur kerana disapa tarbiyah. Tarbiyah mengajar saya untuk lebih memaknai hidup. Tahu apa tujuan hidup yang sebenar. Bukan sekadar makan, minum, belajar, dah penat belajar, tidur/tengok movie, dengar lagu lagha(melalaikan), kawin, dapat anak dan meninggal. Bukan itu.

Tapi tarbiyah mengajar:

Setiap hari kena mengaji, usaha untuk bangun qiam, jangan tidur lepas subuh dan asar, membaca buku-buku ilmiah instead of buka-buku komik yang tak mendidik jiwa. Dan meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang tidak sia-sia, insyaAllah. Sebab itu tarbiyah is magic. dulu tak baca buku motivasi atau buku dakwah, sekarang sudah baca.

Dan pada ulangtahun kelahiran kali ini saya sangat terkesan kerana.. takkan ada ucapan daripada seorang abang. Ya, seorang abang yang saya sangat kasihi. Yang saya sedar betapa saya SANGAT menyayanginya bila mana beliau sudah tiada.

Itulah hakikatnya manusia kan?. Bila sudah tiada, baru mahu menghargainya. Bila sudah terpisah jauh, baru mahu merindui. Tapi ketika masih bersama, selalu gaduh. Itulah manusia..

10hb 12 2009..tarikh ini abang saya pergi dijemput Ilahi. Meninggalkan umi, abah, saya, kakak dan adik-adik. Pemergiannnya SANGAT membuatkan saya muhasabah kembali untuk menghargai umur, kasih sayang dan nikmat yang lainnya. Jadi benarlah janji Allah, setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Every cloud has a silver lining..

Maka, mari sama-sama kita melihat kembali sejauh mana sudah kita manfaatkan umur kita? Benar, sebagai seorang pelajar kita selalu sibuk. Adakalanya, petang baru kuliah tamat. Walaupun begitu saudaraku, biar sesibuk mana pun kita, jangan sampai Al-Quran pun kita tak selak dan solat pun dihujung waktu.

Cuma kita renungi kembali, benarkah sibuk itu yang membebankan atau kita yang tak tahu menguruskan masa?

10-12hb..tarikh ini saya akan hadiri reunion matrik 3 generasi. insyaAllah jika tiada apa-apa yang menghalang, saya akan pergi berjumpa dengan akhwat dan sahabat-sahabat yang saya cintai. Semoga kami semua bertemu dan berpisah nanti kerana Allah swt.

Kerana Rasulullah saw pernah bersabda bahawa di hari pembalasan nanti, akan ada tujuh golongan yang mendapat naungan Allah swt. Dan salah satunya adalah segolongan hambaNya yang bertemu dan berpisah kerana Allah swt.

Saya sangat mahu berjumpa dengan sahabat-sahabat yang merata-rata medan belajarnya. InsyaAllah, disebabkan ukhwah kerana Allah dan selalu ditemukan dalam halaqah cinta, membuatkan hati-hati kami terus bertaut walaupun terpisah masa dan jarak.

Sesuatu yang berlandas Allah, pasti akan berkekalan.

Buat kalian yang menyambut ulangtahun kelahiran: sanah helwah! Umur semakin meningkat menandakan jarak dengan kematian semakin dekat.

3hb: Anis Sakinah

7hb: Nabilla Huda (ex-roomate)

8hb: Norazaira a.k.a hambadhaif

12hb: Amira Syafiqah (adikku)

: Nur Nasihah a.k.a uhibbunur

27hb : Raz Zarinda a.k.a Razza

Akhirul kalam, sama-sama kita luruskan niat kita walau apa jua kita buat. Kerana amal tanpa niat untuk mendapat redha Allah itu sia-sia. Termasuklah saat saya menulis entry ini dan saat kalian yang membacanya.

3 comments:

GMS said...

ana nak tambah leh x?30disember hari jadi ana..siyes! 31 disember hari jadi abg ana..ok....tu je..

hANySS JonG said...

ramainya adik2 yg birthday bulan 12?

hehehe....hepi belated birthday ukhti.

xgtau awal, kalau tak akak carik hadiah dah...hehehe.gurau je...

akak hadiahkan kasih sayang je ek...
smg tautan hati ni kekal selamanya...

akak doakan syira and adik2 yg lain menjadi lebih baik, lebih bahagia dan lebih bermakna kehidupan dgn pertambahan usia ni...
doakan akak jugak ek...

will be missing u all.huhu

razza said...

alhmdllah.. nmpkny,ana y paling muda ^_^
y tua2 nie byk ilmu, kne didik ana y muda nie taw~