14 November, 2010

Dia dibius..

Nur menapaki keluar dari bilik rawatan 1.

"Allah..sengalnya rasa.." kesan lignocaine yang di 'inject' ke gusinya mula terasa.

Dia mencari tempat duduk berdepan dengan kaunter pendaftaran pesakit. Usai duduk fikirannya menerawang teringatkan sahabatnya yang mengalami nasib yang sama sebelum Ramadan lalu. Lantas, mesej dihantar kepada sahabatnya itu.

"Salam Raz, awak kat mana? Kat universiti lagi ke? Saya kat klinik gigi ni..awak tau tak, doktor nak cabut gigi saya..tadi, da kena inject. Kejap lagi tibalah masanya gigi saya akan pergi. =(" gaya sedih saja bunyinya.

Butang send ditekan. Sambil menunggu balasan mesej sahabatnya, dia mengeluarkan terjemahan Al-Quran. Mengaji sebentar sementara menunggu masa untuk ubat bius tadi menjalankan tugasnya.

Ya allahu ya rabbi

Ya allahu ya rabbi

Lagu Ya Allah daripada kumpulan Indonesia, Wali Band sebagai message ringtone handphone Nur berbunyi.

"Ye ke Nur, takpelah, awak kuat ea..cabut gigi ni tak sakit pun sebab ada bius. Tapi cabut nyawa memang sakit sebab tak ada bius..syafakillah ye sahabatku.."

Erk..! kematian!

Tiba-tiba jururawat memanggil namanya. Nampaknya tak sempat Nur membalas mesej Raz. Dia menanda Al-Quran sebelum menutupnya dan bergegas masuk semula ke bilik rawatan 1.

Dengan bismillah yang diucapkan oleh doktor wanita itu, Nur berasa sedikit tenang. Sedaya upaya ditenangkan lagi hati dengan zikrullah dalam hati. Mata dipejam serapat mungkin apabila peralatan mencabut gigi mula dimasukkan ke dalam mulutnya..

20 minit kemudian..

Nur melangkah ke kereta kancil berwarna biru yang dipandu oleh Kak Wan. Seorang saudara seislamnya yang mengambil ijazah sarjana muda bioperubatan di Management and Science University, MSU.

"Macam mana Nur, okey tak semuanya?" Kak Wan bertanya sambil tangannya menukar gear dan memandu kereta keluar dari Klinik Pergigian Bangsar. Nota yang dibaca sementara menunggu Nur tadi disimpan.

"Alhamdulillah kak. Doktor terus cabut gigi tadi. So, tak payah buat appointment." Nur menjawab sambil membuka beg sandang untuk membalas mesej Raz tadi.

"Allahuakhbar, jazakillah sangat-sangat Raz atas peringatannya. Moga Allah melimpahi awak dengan sebanyak-banyak rahmat dan kasih sayangnya..da cabut da gigi saya beberapa minit yang lepas. Alhamdulillah..=)"

"Ameen ya rabb..wailaiki aidhan..ye ke, Alhamdulillah..xsakit kan...awak mesti tengah gigit kapas kan..Chumelnya ^_^"

Eh, macam tahu-tahu je Raz ni. Nur menggeleng kepala sambil tersenyum. Memang dia kini sedang mengigit kapas.

"A'ah..sengal je rasa gusi saya ni. Alhamdulillah segalanya lancar..ok la Raz, nanti kirim salam saya pada sahabat-sahabat yang lain ye. Uhibbukifillah. =)"

"Okey, uhibbukifillah Nur..take care~"

Alhamdulillah, banyak ibroh yang saya dapat daripada cerita ini. Betul juga kata-kata Raz kepada Nur. Cabut gigi ini memang tak berapa sakit sebabnya kita dibius dengan lignocaine terlebih dahulu. Tetapi, saat Malaikat Izrail mencabut nyawa nanti, pasti dijanjikan dengan kesakitan kerana tiada ubat satu bius pun untuk kita. Cuba bayangkan, Nur yang sudah dibius oleh Doktor gigi itu pun masih rasa sengal walaupun sudah di 'inject' dengan ubat bius, apatah lagi sakit sakaratul maut yang tiada langsung bius.

Dan untuk itu, saya teringat bagaimana saatnya Rasulullah saw yang sakit saat tibanya sakaratul maut. Memang sakit wahai diriku yang menulis dan kalian yang membaca..sampaikan malaikat pencabut nyawa memalingkan mukanya apabila melihat penderitaan Rasulullah saw. Dalam kesakitan itu, Baginda saw masih lagi mengingati kita, umatnya yang bertuah ini.

"Jika beginilah rasa sakaratul maut itu, timpakan saja semua kesakitan ini padaku, bukan pada umatku."

Allahuakhbar..

Mulianya engkau wahai pesuruh Allah!

Bila muhasabah kembali, bagaimana cinta kita kepada Baginda saw?

Apa yang kita sudah buat sebagai tanda penghargaan cinta Baginda saw kepada kita?

Berapa banyak selawat yang kita ucapkan dari bibir kita dalam sehari-hari?

Berapa darjah ketulusan kita dalam menegakkan sunnah Baginda dalam hidup kita?

Kita sebagai umatnya, bukan hanya ketika Maulidur Rasul saja baru mahu menangis mengingati Baginda saw dan memperbanyakkan selawat ke Rasulullah saw yang mulia itu. Sepatutnya setiap hari!


Saudaraku, melihat umat Rasulullah saw pada zaman sekarang ini, tidakkah terdetik pada diri kalian untuk berbuat sesuatu membaiki ummah ini? Pada saat baginda mula menyebarkan dakwah Islam, Nabi Muhammad saw diseksa dengan dahsyatnya. Tahukah kalian bagaimana teruknya Baginda saw dicemuh dan dibaling batu oleh kaum bani Taif?

Teruknya wahai saudaraku!

Sehingga darah suci Baginda saw mengalir memenuhi kasut Baginda. Dan saat Rasulullah saw menapaki meninggalkan kota Taif itu, kedengaran bunyi darah yang memenuhi kasut Baginda. Ibarat kita berjalan dengan selipar yang basah..

Padahal masa itu, Baginda saw yang mulia sedang berada dalam kesedihan kerana isteri kesayangan Baginda, Saidatina Khadijah dan bapa saudara Baginda, Abu Thalib baru saja meninggal dunia. Dengan harapan mendapat ketenangan di Bandar Taif, Baginda berkelana ke sana. Tetapi cemuhan, hinaan dan keperitan yang 'dihadiahkan' oleh penduduk Taif.

Satu lagi bukti kesayangan Baginda saw kepada umatnya adalah ketika Baginda menolak pelawaan malaikat Jibril untuk menghukum penduduk Taif.

"Mereka tidak tahu.."

Begitulah jawapan Baginda.

Wahai diriku dan kalian yang membaca, moga sedikit sebanyak artikel ini dapat membantu kita mencintai Nabi Muhammad saw setiap masa. Bukan bila Maulidur Rasul saja. Dengan kepenatan dan keperihan Baginda saw dan para sahabat r.a ketika awal penyebaran Islam, barulah kita mendapat nikmat iman dan Islam pada hari ini. Makan, gunakanlah dua nikmat teragung itu dengan sebaiknya. Telusuri siroh-siroh Baginda saw dan para sahabat ra..

~moga artikel ini sampai ke dalam hati setiap insan yang membaca. Barakallahufikum!

p/s: setinggi penghargaan buat Dr. Nur Najwa Hanim yang tolong carikan nama bius di atas.


9 comments:

uhibbunur~ said...

salam..
'hilang' gigi?
welcome to da club!

hamba dhaif said...

slm ukhti
macam pengalaman sendiri je?
teruskan menulis dengan cerpen..banyak ibrahnya....
uhibbukifillah....ijtahid tanjah filimtihan...

razza said...

salam nti!!
ayat mesg tu sebijik nmpk ^_^
subhanallah~

umatMuhammad said...

uhibbunur & hamba dhaif & raz>

Nur dalam cerpen tu yang kehilangan gigi..insyaAllah hambadhaif, sebagai wasilah mencari cinta Allah dan RasulNya juga..

raz> walhamdulillah..a'ah, sebijik kan mesej tu. ana baca kat phone Nur..

uhibbunur~ said...

ukhti~
mcm ana kenal ukhti br smlm jer eh..

p/s: ckp kat 'nur'.. welcome tu da club~

adeq said...

nur da gongak ke?hehe.uhibbunur gak ek.hehe.

shomel ~

uhibbunur~ said...

adeq: erk? haha ^^
adeq lum hilang gg ke deq..bagus nye pndai jage gg~~
p/s: x mo join da club? shomel kn~:p

aimi said...

salam. sedap nama kak wan tu!

anyway bittaufiq wannajah fil imtihan..semoga sume para daie yang berjihad berjaya di lapangan masing-masing..moga kita akan berada di barisan hadapan dlm arena kejayaan akademik dll. percaya Allah akan hulurkan bantuan buat yang mengimani akan jalan ini.dan masa nilah kita nak 'bercinta sakan' dengan Allah. dan masa nilah bantuan Allah datang tanpa kita duga dan sangatlah manis2 belaka!

umatMuhammad said...

ukhti aimi>

moga ikhlas semata-mata keranaNya. bila dah terpisah begini, rindu pula untuk belajar bersama.. untukmu juga ukhti, moga berjaya dalam apa juga termasuklah exam pada isnin dan seterusnya. sungguh, kamu seorang ukhti yang baik.