29 November, 2010

Cerpen: Hantaran Al-Quran Buat Pasangan Tercinta


Hari dan saat bahagia yang di nantikan oleh setiap insan iaitu: saat akad yang sah dan membina masjid yg diredhai ALLAH. Pada masa itu jugalah hantaran setiap pasangan akan bertukar tangan. Pelbagai hantaran yang di sajikan mengikut warna kegemaran akan dihiasi pada setiap hantaran. Jadi di sini saya mahu kongsi satu cerita dan mohon, agar kita sama-sama mengambil iktibar dari kisah dibawah.
Pada suatu hari, di sebuah kedai Al-Quran, Aiman dan Nisa sedang mencari senaskah Al-Quran. Walaupun meraka masih belum punya apa-apa ikatan yang sah, mereka tetap keluar berdua-duaan. “Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Nisa kepada Aiman.
"Tapi yang ini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Aiman. Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Nisa. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Aiman. Prihatin.
Tiba-tiba mereka disapa.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Aiman. Nisa ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Aiman menjawab. Nisa sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Nisa muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Nisa mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Nisa mengomel. Aiman kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
****
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Aiman dan Nisa tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Aiman bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini? Apa khbar?” tegur selamba Ustaz Sa'ad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Aiman mengigil. Nisa juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Aiman. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Sa'ad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, Ustaz Sa'ad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Aiman menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Aiman cuba mengagahkan diri. Nisa masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata Ustaz Sa'ad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad, Surah Ar Ra'd.. Aiman gelisah.

“ Apa benda nih ” detik hati Aiman. “ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Aiman.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Nisa merah padam wajahnya. Nisa entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Aiman, cara bacaanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Aiman berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Aiman, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina AlQ-uran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Aiman, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri."
"Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
****

Hari semakin cepat berlalu..

Aiman sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang dijadikan hantaran semasa akad nikahnya yang lepas, dibaca dan dipelajari. Cukuplah pengalaman silam mengajar diri yang serba hina dan fakir.

Pit.. Pit!
'Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar Al-Quran sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya, Aiman.'
SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Nisa senyum disisi suaminya, Aiman.
"Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased. "

"Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati."

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.
Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Alhamdulillah, selesai sudah.
Sumber asli cerita di atas boleh rujuk di sini.
Moga semuanya kerana Allah swt.

24 November, 2010

final exam

"ukhti.."
"hmm?"
"nak tahu sesuatu?"
angguk.
"apa dia?"
"orang yang berjaya ialah orang yang berjuang hingga ke akhirnya"
senyum.
***
dalam dewan peperiksaan:
di barisan paling hadapan.
letak pen biru jenama faster.
alhamdulillah siap.
aik? ada masa banyak lagi.
tak mengapa, stay sampai habis waktu.
biar berjuang hingga ke akhirnya. ..
***
"ya Allah..tepunya otak.."
baca buku Prophetic Learning etc sebentar.
energized kembali semangat.
sambung belajar kembali.
biarlah berjuang hingga ke akhirnya.
***
di surau farabi:
"alhamdulillah, kita masih dapat berkumpul walaupun U kita dilanda kemarau. jangan mengeluh..moga Allah tingkatkan darjat kita dengan kesabaran atas ujian ini."
conclusion:
if you're doing your best, you won't have any time to worry about failure.
moga semuanya kerana Allah swt.

14 November, 2010

Dia dibius..

Nur menapaki keluar dari bilik rawatan 1.

"Allah..sengalnya rasa.." kesan lignocaine yang di 'inject' ke gusinya mula terasa.

Dia mencari tempat duduk berdepan dengan kaunter pendaftaran pesakit. Usai duduk fikirannya menerawang teringatkan sahabatnya yang mengalami nasib yang sama sebelum Ramadan lalu. Lantas, mesej dihantar kepada sahabatnya itu.

"Salam Raz, awak kat mana? Kat universiti lagi ke? Saya kat klinik gigi ni..awak tau tak, doktor nak cabut gigi saya..tadi, da kena inject. Kejap lagi tibalah masanya gigi saya akan pergi. =(" gaya sedih saja bunyinya.

Butang send ditekan. Sambil menunggu balasan mesej sahabatnya, dia mengeluarkan terjemahan Al-Quran. Mengaji sebentar sementara menunggu masa untuk ubat bius tadi menjalankan tugasnya.

Ya allahu ya rabbi

Ya allahu ya rabbi

Lagu Ya Allah daripada kumpulan Indonesia, Wali Band sebagai message ringtone handphone Nur berbunyi.

"Ye ke Nur, takpelah, awak kuat ea..cabut gigi ni tak sakit pun sebab ada bius. Tapi cabut nyawa memang sakit sebab tak ada bius..syafakillah ye sahabatku.."

Erk..! kematian!

Tiba-tiba jururawat memanggil namanya. Nampaknya tak sempat Nur membalas mesej Raz. Dia menanda Al-Quran sebelum menutupnya dan bergegas masuk semula ke bilik rawatan 1.

Dengan bismillah yang diucapkan oleh doktor wanita itu, Nur berasa sedikit tenang. Sedaya upaya ditenangkan lagi hati dengan zikrullah dalam hati. Mata dipejam serapat mungkin apabila peralatan mencabut gigi mula dimasukkan ke dalam mulutnya..

20 minit kemudian..

Nur melangkah ke kereta kancil berwarna biru yang dipandu oleh Kak Wan. Seorang saudara seislamnya yang mengambil ijazah sarjana muda bioperubatan di Management and Science University, MSU.

"Macam mana Nur, okey tak semuanya?" Kak Wan bertanya sambil tangannya menukar gear dan memandu kereta keluar dari Klinik Pergigian Bangsar. Nota yang dibaca sementara menunggu Nur tadi disimpan.

"Alhamdulillah kak. Doktor terus cabut gigi tadi. So, tak payah buat appointment." Nur menjawab sambil membuka beg sandang untuk membalas mesej Raz tadi.

"Allahuakhbar, jazakillah sangat-sangat Raz atas peringatannya. Moga Allah melimpahi awak dengan sebanyak-banyak rahmat dan kasih sayangnya..da cabut da gigi saya beberapa minit yang lepas. Alhamdulillah..=)"

"Ameen ya rabb..wailaiki aidhan..ye ke, Alhamdulillah..xsakit kan...awak mesti tengah gigit kapas kan..Chumelnya ^_^"

Eh, macam tahu-tahu je Raz ni. Nur menggeleng kepala sambil tersenyum. Memang dia kini sedang mengigit kapas.

"A'ah..sengal je rasa gusi saya ni. Alhamdulillah segalanya lancar..ok la Raz, nanti kirim salam saya pada sahabat-sahabat yang lain ye. Uhibbukifillah. =)"

"Okey, uhibbukifillah Nur..take care~"

Alhamdulillah, banyak ibroh yang saya dapat daripada cerita ini. Betul juga kata-kata Raz kepada Nur. Cabut gigi ini memang tak berapa sakit sebabnya kita dibius dengan lignocaine terlebih dahulu. Tetapi, saat Malaikat Izrail mencabut nyawa nanti, pasti dijanjikan dengan kesakitan kerana tiada ubat satu bius pun untuk kita. Cuba bayangkan, Nur yang sudah dibius oleh Doktor gigi itu pun masih rasa sengal walaupun sudah di 'inject' dengan ubat bius, apatah lagi sakit sakaratul maut yang tiada langsung bius.

Dan untuk itu, saya teringat bagaimana saatnya Rasulullah saw yang sakit saat tibanya sakaratul maut. Memang sakit wahai diriku yang menulis dan kalian yang membaca..sampaikan malaikat pencabut nyawa memalingkan mukanya apabila melihat penderitaan Rasulullah saw. Dalam kesakitan itu, Baginda saw masih lagi mengingati kita, umatnya yang bertuah ini.

"Jika beginilah rasa sakaratul maut itu, timpakan saja semua kesakitan ini padaku, bukan pada umatku."

Allahuakhbar..

Mulianya engkau wahai pesuruh Allah!

Bila muhasabah kembali, bagaimana cinta kita kepada Baginda saw?

Apa yang kita sudah buat sebagai tanda penghargaan cinta Baginda saw kepada kita?

Berapa banyak selawat yang kita ucapkan dari bibir kita dalam sehari-hari?

Berapa darjah ketulusan kita dalam menegakkan sunnah Baginda dalam hidup kita?

Kita sebagai umatnya, bukan hanya ketika Maulidur Rasul saja baru mahu menangis mengingati Baginda saw dan memperbanyakkan selawat ke Rasulullah saw yang mulia itu. Sepatutnya setiap hari!


Saudaraku, melihat umat Rasulullah saw pada zaman sekarang ini, tidakkah terdetik pada diri kalian untuk berbuat sesuatu membaiki ummah ini? Pada saat baginda mula menyebarkan dakwah Islam, Nabi Muhammad saw diseksa dengan dahsyatnya. Tahukah kalian bagaimana teruknya Baginda saw dicemuh dan dibaling batu oleh kaum bani Taif?

Teruknya wahai saudaraku!

Sehingga darah suci Baginda saw mengalir memenuhi kasut Baginda. Dan saat Rasulullah saw menapaki meninggalkan kota Taif itu, kedengaran bunyi darah yang memenuhi kasut Baginda. Ibarat kita berjalan dengan selipar yang basah..

Padahal masa itu, Baginda saw yang mulia sedang berada dalam kesedihan kerana isteri kesayangan Baginda, Saidatina Khadijah dan bapa saudara Baginda, Abu Thalib baru saja meninggal dunia. Dengan harapan mendapat ketenangan di Bandar Taif, Baginda berkelana ke sana. Tetapi cemuhan, hinaan dan keperitan yang 'dihadiahkan' oleh penduduk Taif.

Satu lagi bukti kesayangan Baginda saw kepada umatnya adalah ketika Baginda menolak pelawaan malaikat Jibril untuk menghukum penduduk Taif.

"Mereka tidak tahu.."

Begitulah jawapan Baginda.

Wahai diriku dan kalian yang membaca, moga sedikit sebanyak artikel ini dapat membantu kita mencintai Nabi Muhammad saw setiap masa. Bukan bila Maulidur Rasul saja. Dengan kepenatan dan keperihan Baginda saw dan para sahabat r.a ketika awal penyebaran Islam, barulah kita mendapat nikmat iman dan Islam pada hari ini. Makan, gunakanlah dua nikmat teragung itu dengan sebaiknya. Telusuri siroh-siroh Baginda saw dan para sahabat ra..

~moga artikel ini sampai ke dalam hati setiap insan yang membaca. Barakallahufikum!

p/s: setinggi penghargaan buat Dr. Nur Najwa Hanim yang tolong carikan nama bius di atas.


12 November, 2010

Mahu Ketawa?


Setelah sarat fikiran dengan nota entrepreneurship, saya buka blog rakan blogger saya dan baca cerita di bawah. Dikarang oleh murid darjah empat. Memang hilang tekanan belajar sebentar. Dan akhirnya, saya tergelak seorang diri depan laptop..jadi buat kalian, yang sudah habis exam atau masih lagi dalam mood exam atau masih dalam mood study week (macam saya), bacalah cerita di bawah. InsyaAllah, pasti tergelak.


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.


Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.


Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.


Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.


Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.


Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.


Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


Cerita ini memang tak logic..

11 November, 2010

Siroh: Abu Ubaidah bin Jarrah


"Sesungguhnya setiap ummat mempunyai orang kepercayaan dan sesungguhnya kepercayaan ummat ini adalah Abu 'Ubaidah ibnul Jarrah"

Abu Ubaidah bin Jarrah masuk Islam melalui Abu Bakar as-Siddiq di awal mula penyebaran dakwah Islam yakni sebelum Rasulullah saw menjadikan rumah Al-Arqam sebagai tempat dakwah. Ketika Abu Ubaidah berbai'at atau bersumpah setia kepada Rasulullah saw bahawa beliau akan berbakti kepada Islam, beliau sangat meyedari sepenuhnya apakah yang dimaksudkan dengan berjuang di jalan Allah. Semenjak itu, beliau tidak memperhatikan kepentingan diri dan masa depannya.

Melihat sikap serta cara hidupnya, maka Rasulullah saw mengelarkan Abu Ubaidah bin Jarrah sebagai orang kepercayaan umat dengan bersabda:

"orang kepercayaan ummat ini, Abu Ubaidah bin Jarrah"

Antara kisah Abu Ubaidah bin Jarrah yang kita boleh telusuri adalah seperti berikut:

Kisah 1:

Semasa tercetusnya perang Uhud, Abu Ubaidah bin Jarrah berjanji pada dirinya bahawa beliau mahu sentiasa bersama Rasulullah saw. Namun situasi pertempuran menyebabkan Abu Ubaidah bin Jarrah terpisah daripada Rasulullah saw akibat dikepung oleh kafir Quraisy. Kesempatan ini telah digunakan oleh pihak kafir Quraisy untuk mencederakan Baginda saw.

Maka, terlihatlah sebuah anak panah neluncur dari tangan seorang musyrik lalu mengenai Nabi saw. Melihat keadaan itu, pedang Abu Ubaidah bin Jarrah yang satu itu ibarat seratus pedang menghentam musuh-musuh Islam yang mengepungnya. Didapatinya darah suci Baginda saw mengalir dari mukanya dan dilihatnya Rasulullah saw menghapus darah dengan tangan kanannya, sambil bersabda:

"bagaimana mungkin berbahagia suatu kaum yang mencemari wajah nabi mereka, padahal ia menyerunya kepada Tuhan mereka"

Abu Ubaidah bin Jarrah melihat dua buah mata rantai baju besi penutup kepala Rasulullah saw menancap didua belah pipinya. Hati Abu ubaidah bin Jarrah tidak dapat menahan kesedihan lagi. Beliau segera mengigit salah satu mata rantai itu dengan gigi manisnya lalu menariknya dengan kuat dari pipi Rasulullah saw hingga tercabut keluar tetapi bersamaan itu jugalah tercabut gigi manis Abu Ubaidah. Lalu ditariknya pula mata rantai yang kedua dan tercabut jugalah bersamanya gigi manis Abu Ubaidah yang kedua.

Kisah 2:

Suatu hari, datang perutusan Najran dari Yaman menyatakan keislaman mereka dan meminta izin untuk dikirimkan seorang yang alim untuk mengajarkan mereka tentang Al-Quran, As-sunnah dan seluk-beluk agama Islam. Maka Rasulullah saw bersabda:

"baiklah, akan saya kirim bersama tuan-tuan seorang yang terpecaya, benar-benar terpecaya..benar-benar terpecaya..benar-benar terpecaya..!"

Mendengar kata-kata Nabi Muhammad saw itu, para sahabat mengharapkan agar diri mereka dipilih sebagai wakil untuk mengajarkan Islam ke Yaman. Umar bin Khattab menceritakan peristiwa itu sebagai berikut:

"aku tidak pernah berangan-angan menjadi amir, tetapi ketika itu aku tertarik oleh ucapan Baginda saw dan mengharapkan yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw itu adalah aku. Aku cepat-cepat berangkat untuk solat dhuhur. Dan tatkala Rasulullah saw selesai mengimami kami solat dhuhur baginda memberi salam lalu menoleh ke sebelah kanan dan ke kiri. Maka saya pun menghulurkan badan agar kelihatan oleh baginda Rasulullah. Tetapi Baginda masih juga melayangkan pandangannya mencari-cari hingga akhirnya tampaklah Abu Ubaidah. Maka dipanggilnya lalu bersabda: Pergilah berangkat bersama mereka dan selesaikanlah apabila terjadi perselisihan di anatara mereka dengan haq…!"

Maka Abu Ubaidah bin Jarrah pun berangakat sebagai wakil ke Yaman untuk mengajar perihal Islam seperti yang diminta oleh perutusan Najran.

Dengan peristiwa ini bukannya bererti hanya Abu Ubaidah saja yang menjadi sahabat yang dipercayai oleh Rasulullah saw. Tetapi mahu digambarkan betapa beruntungnya beliau memperoleh kepercayaan dan tugas yang mulia itu. Disamping itu Abu Ubaidah bin Jarrah adalah salah seorang atau mungkin juga satu-satunya orang pada masa itu yang berprofesi sebagai dai'e.

Kisah 3:

Semasa pemerintahan Amirul Mukminin Umar, beliau telah mengumunkan agar Abu Ubaidah bin Jarrah sebagai pemimpin tentera Islam menggantikan Khalid Al-Walid. Abu Ubaidah bin Jarrah menerima arahan dan meminta agar berita itu didiamkan daripada pengetahuan umum. Abu Ubaidah mendiamkannya dengan tujuan baik, zuhud dan bijaksana lagi percaya sementara menunggu selesainya panglima Khalid merebut kemenangan yang besar.

Setalah itu barulah dikhabarkan berita perlantikannya sebagai pemimpin tentera Islam yang baru kepada Khaldi al-Walid. Ketika Khaldi al-Walid bertanya kepadanya:

"Semoga Allah memberi anda rahmat, wahai Abu Ubaidah! Apa sebabnya anda tidak menyampaikan kepadaku di waktu datangnya berita ini?"

Maka ujar kepercayaan ummat itu: "Saya tidak ingin mematahkan ujung tombak anda, dan bukan kekuasaan dunia yang kita tuju, dan bukan pula untuk dunia kita beramal! Kita semua bersaudara kerana Allah..!"

Kewafatan Abu Ubaidah bin Jarrah

Ketika datang berita meninggalnya Abu Ubaidah bin Jarrah, maka terpejamlah kedua pelupuk mata Amirul Mukminun Umar yang telah digenangi air. Dipohonkan rahmat Allah swt untuk sahabatnya itu. Terbayang kenangan-kenangan lamanya bersama Almarhum ra dengan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.