27 August, 2010

Kutiplah Buah Durian itu

Tersebutlah kisah seorang penjual durian, Dol yang hidupnya full time untuk menjual durian. Dusunnya yang berbuah sepanjang tahun, sangat kecil, cukup memuatkan 10 batang pokok durian sahaja sekaligus tidak memungkinkan beliau menjadi kaya hasil penjualan durian tersebut setelah ditolak makan pakai isteri dan anak-anak dan kos-kos tersembunyi.

Namun, agak mengejutkan bila mana Dol mampu hidup mewah. Satu perbualan dengan Dol merungkai segala persoalan..

1) Soalan: Cukup ke dengan jualan durian hari-hari nak hidup mewah macam ni? Berapa banyak je jual durian 1 hari?

Dol: Memang tak cukup, dusun saya ada 10 pokok je, mana nak kaya..biasa paling banyak 1 hari dapat kutip 3 biji..itu pun kadang-kadang ada yang dah ditebuk tupai, busuk dan rosak

2) Soalan: Habis, macam mana boleh hidup mewah macam ni? Cakap kerja full time jual durian...

Dol: Tiap-tiap buah ada musim, durian pun ada musim. Ada satu bulan buah-buah durian ni banyak gugur. Kena la kerja keras sebab time tu la untung banyak.

Bulan ni special dik, tupai pun tak nampak time ni, so, takde la kes durian kene tebuk kat dusun tu.. That's why la pakcik time bulan ni banyak keje malam, buat OT sikit..

3) Soalan: Eh, kutip durian pun ada over time? Kalau bukan musim, pakcik memang tidak bekerja malam kah?

Dol: Kadang-kadang kerja lah, tapi musim ni lagi gigih pakcik kerja. malam pulak dik, kalau buah tu gugur, terus kutip, dapat la buah-buah fresh. Lagi sedap, lagi tinggi market price. Dah la banyak buah jatuh, kualiti pulak tinggi sebab takde tupai..just kene doa buah tu tak busuk je.

4) Soalan: Biasa nya musim ni, pakcik dapat kutip berapa banyak durian?

Dol: Berganda-ganda dik kalau work hard. Tapi ada 1 malam yang paling banyak durian jatuh dalam musim ni. Sekali gugur, macam seribu bulan punye buah gugur. Malam tu la yang pakcik tunggu-tunggu dalam musim ni. Sape taknak beb =)

5) Soalan: Wau! Pakcik boleh buat smiley dalam perbualan kita ek? Bila hari tu pakcik? Macam ni saya pun nak kutip durian jugak la hari tu.

Dol: Biase nye 10 malam last, tapi secara specific, honestly, I don't know when. Bukan senang macam tu je nak kutip buah malam tu dik. Kalau senang, ramai dah yang kaye, takde buat rancangan Bersamamu tu.

Kalau takde stamina, sangkut dik nak kutip durian malam tu..cousin pakcik, ade je niat nak kutip, tapi sebab malam-malam lain die tido je, mase malam banyak buah gugur tu, die mamai. Dengan teknik kutip durian pun tunggang langgang, so tak banyak la dia dapat kutip..stay la dia dalam kemiskinan..

6) Soalan: Maka nya, saya kenalah bekerja keras selama setahun sehingga habis musim itu, kemudian saya bolehlah berfoya-foya.

Dol: Mana boleh macam tu dik! Kau takkan tahu berapa banyak duit yang kau akan bazirkan. So, lepas musim buah pakcik da pasang gear nak tunggu musim akan datang..baru jadi lagi energetic untuk malam tu. Sampai tertunggu-tunggu the arrival of the musim..sampai sebulan dua before musim buah itu pakcik doa:" Ya Allah, berkati lah aku di bulan ini dan sampai kan aku kepada bulan musim itu"

Penyoal: Terkesima..

ulasan cerita:

cerita ini adalah analogi kepada 10 malam al-qadr yang semua orang beriman merindui dan menunggu-menunggunya. sangat beruntung andai kita ini seperti pak cik Dol yang menjual durian itu.

kalau kita perhatikan, pak cik Dol awal-awal lagi sudah buat persiapan untuk menyambut musim buah durian bukannya dah tiba musim buah durian, baru nak buat persiapan.

cerita ni lebih fokus pada seluruh Ramadhan sebenarnya, not only for the last 10 days. apa yg cuba dismpaikan dalam cerita ni adalah:

1) cukup ke dengan umur yang pendek ini nak dapat syurga Allah? Kan setiap amal kita ada pengaruh syaitan dan ada yang "busuk"
2) perlunya kita berusaha keras dalam Ramadhan agar kita dapat 'untung' yang banyak.
3) tak bermaksud usaha semasa Ramadhan sahaja
4) cerita mengenai lailatul Qadr
5) bersedialah untnk malam al Qadr
6) fikir2kan lah

artikel ini dicopy dari sini

25 August, 2010

tajamkan kurniaan Allah itu.



4 Points menajamkan AINUN

#Memandang warna hijau

#Duduk menghadap kiblat

#Bercelak sblum tidur

#Berpakaian bersih

4 Points menajamkan fikiran

# tidak banyak berbual kosong

#Rajin bersugi

#Bercakap dengan org soLeh

#Bergaul dengan para Ulama


source: kelip of UniSZA

23 August, 2010

cerpen 3



Insyirah menapak perlahan menuju ke perpustakaan. Beg sandangnya diletakkan di dalam loker. Dikeluarkan pensel box, mp3, buku manual microbiology dan test pad.

‘ngantuk tak ngantuk, penat tak penat, mesti siapkan jugak lab report mikrob ni.’

Saat kaki melepasi scanner buku di hadapan kaunter pinjaman buku, dia membelok ke kiri. Ikutkan hati, mahu membuatkan kerjanya di bahagian kiri perpustakaan itu. Lebih dekat dengan computer. Maka, lebih senang untuk memcari maklumat tambahan untuk lab reportnya. Namun, baru beberapa langkah, dia berpatah ke belakang dan menuju ke sebelah kanan perpustakaan.

‘Allah..ada pulak dia kat situ’ insyirah bermonolog apabila matanya terlihat si dia yang sedang duduk di salah satu meja di sebelah kiri perpustakaan tersebut.

Mak cik yang menjaga kaunter memandangnya dengan kening terangkat. Tapi dia teruskan langkah dengan muka tak bersalah tapi tetap senyum sebagai tanda hormat diberikan kepada mak cik tersebut. Puan Laila namanya.

Insyirah memilih ruang paling tepi. Betul –betul bersebelahan tingkap. Usai meletakkan barang-barangnya di atas meja dia memandang jam di tangan kirinya.

‘pukul 2.30 dah ni. Cepatnya masa berlalu.’

Tanpa sempat duduk, dia pergi ke rak-rak buku. Mencari buku rujukan. Microbiology: An Introduction, Eighth Edition, by Tortora, Funke, and Case..introduction to micbiology, A.S. RAO

Kemudian dia kembali ke mejanya. Letak buku-buku yang dicari tadi. Lalu, dia melabuhnya diri. Earphone dilekatkan ditelinga dan mp3 dihidupkan. Folder nasyid dipilih dan seketika kemudian lagu Kembara Ilmu-Suhaimi kedengaran.





Kembara ilmu selaut cahaya
Milik tuhan tiada bertepi
Diselam tak jejak ke dasar
Ditimba tak luak setitis

Kembara misi lembah nurani
Menakung titisan ilmu suluhan budi
Resapan dari akal yang murni
Untuk diuntai mutiara sufi
Menjadi azimat menuju firdausi

Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang
Jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbun

Noda di hati melemahkan minda
Kembara sufi terasa sukar
Sesatlah di dalam pelayaran
Hanyut tiada pedoman
Akhirnya karam dalam kegagalan


Tangannya pula kini membuka manual lab microbiology mencari tajuk yang kelima- Detection of Stephylococcus aureus in food. Seketika, dia membaca sedikit introduction dalam buku itu dan mencari key point di buku-buku rujukan. Semua buku dibuka untuk membedakan point mana yang lebih baik untuk dipilih.

Biarpun carry mark untuk lab report sedikit cuma, tapi itu bukan masalah kerana apa yang dicarinya adalah ilmu. Bila meneroka lebih banyak buku, maka, lebih banyak ilmu yang dia akan dapat. Selepas mendengar tazkirah maghrib di surau semalam, dia sedar yang selama ini, dia belajar kerana exam bukan untuk mencari redha Ilahi.

Time exam, sanggup minum kafein semata-mata untuk stay-up. Sepatutnya sebagai muslim, biar tak ada kerja yang pensyarah bagi atau bukan masa peperiksaan, sesuatu ilmu harus dipelajari semata-mata kerana Allah swt.



Isyirah menghela nafas.Biasanya petang-petang begini jarang pelajar yang berada di perpustakaan.

Ramai yang memilih untuk pulang ke hostel. Insyirah lebih suka duduk di perpustakaan untuk mengelakkan dia tidur apabila berada di bilik. Adat belajar, bila kepala dah pusing, ditambah lagi dengan mata yang dah start memberat dan tiba-tiba ada katil depan mata. Alamatnya..

“Assalamualaikum Syira. Buat apa tu” Insyirah ditegur.

Kepala diangkat memandang tuan punya suara. Syifa’ duduk di hadapannya dengan senyuman.

“Waalaikumussalam warahmatullah. Tengah siapkan lab report mikrob. Syifa’ daripada mana ni?” lagu spring time-yiruma pula ditelinganya kini. Diperlahankan volume mp3nya supaya butir bicara Syifa’ dapat didengar dengan jelas.

“Dari bilik Miss Ila tadi. tanya pasal lab report ni la. Tadi masa penerangan eksperiment tak berapa dengar macam mana nak lukis mikrob.”senyuman Syifa’ masih tak lekang.

“oh..kenapa tak tanya Syira je.”

“nak tanya macam mana, lepas lab tadi, Syira terus hilang.”

“sori, tadi nak cepat.”

‘tak apa. Ni, Miss Ila minta tolong Syifa’ sampaikan hajat. Besar hajat ni Syira.”

“La Miss Ila ni, dengan orang pun nak berhajat-hajat juga. Apa dia?”
Syifa’ tersenyum sakan sebelum menyambung bicara.

“Bagi tazkirah sebelum kuliah start besok”

"Hah?!"

p/s: really busy nowadays. but Ramadan taught me many things. never be a last-minute-person on doing anything.
:cerpen 1 and 2 here.

13 August, 2010

Tundukanlah Pandanganmu


Orang-orang yang sengaja mengalihkan pandangannya terhadap hal-hal yang tidak haq bagi dirinya, tidak usah heran jika hatinya lambat laun akan semakin keras membatu dan nikmat imanpun akan semakin hilang manisnya.

tersentak seketika..diri mula terfikir sejauh mana sudah diri ini kuat menjaga pandangan. benar, lama sudah tidak medengar penekanan mengenai hal ini. bila ditugaskan untuk memberi tazkirah, maka tajuk ini dipilih agar diri mengambil iktibar betapa memelihara pandangan itu sangat penting dan manis. Dan tiadalah diri ini memberi melainkan untuk peringatan diri jua.

Memelihara pandangan akan menghalangi pintu masuknya bisikan-bisikan syaitan ke dalam hati. Dan sesungguhnya, jika kita mengosongkan hati untuk memikirkan hal-hal yang bermanfaat, maka Allah saw akan meliputinya dengan cahaya. Apatah lagi, kita sekarang berada dalam bulan yang mulia. Biarlah dalam bulan ini, kita melatih diri dengan sekuat-kuatnya.

Dan pernah tak kita melihat, orang yang buta matanya mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan kuat. sebabnya mereka terpelihara daripada melihat benda-benda maksiat. Bagaimanakah mungkin hati yang penuh dengan noda ma'siat hasil daripada pandangan haram dapat menerima ayat Al-Quran, apatah lagi untuk menjaganya dengan baik dalam ingatan? Begitu juga dengan keadaan kita yang masih belajar ini. Jika hati kotor, maka, susah untuk ilmu itu menembusi hati.

Menjaga pandangan itu termasuklah apabila mendapati lawan jenis yang bukan muhrim, cepat-cepatlah tundukkan pandangan karena bermulanya maksiat itu tiada lain dari pandangan.

"Pandangan mata itu adalah sebuah anak panah daripada panah-panah Iblis. Maka barangsiapa meninggalkannya (mengelakkannya daripada melihat wanita) kerana takut kepada-Ku, nescaya Aku ganti dengan iman yang dirasakan lazat dan manis dalam hatinya."

Riwayat Thabrani dan Hakim daripada Ibnu Mas'ud.

Tidak dinafikan bahawa memang bukan mudah untuk sentiasa menjaga pandangan mata, menghindarkannya dari hal-hal yang dilarang dan akan mengotori hati. Namun, tahukah kita, bahwa kemanisan beribadah serta rasa kedekatan dengan Sang Kholiq akan senantiasa melingkupi jika kita sungguh-sungguh berusaha melakukannya?

Sebagaimana disebutkan oleh seorang ulama terdahulu, bahwa memelihara pandangan akan menjamin kebahagiaan seorang hamba di dunia dan akhirat, memberikan nuansa kedekatan seorang hamba kepada Allah, menguatkan hati, serta membuat seseorang merasa lebih bahagia.

Dalam bulan penuh mulia ini, inilah masa untuk kita kenal potensi diri dalam mengekang nafsu kerna syaitan sudah ditambat dari menganggu kita. Jadikanlah bulan Ramadan ini sebagai satu titik permulaan untuk melakukan kebaikan. Andai kita sanggup tinggalkan waktu rehat kita semata-mata untuk solat terawih di surau, teruskan juga pergi ke surau walaupun selepas bulan Ramadan.




08 August, 2010

kali ini pasti berbeza

Kali ini pasti berbeza.

Ya, keluarga saya kekurangan seseorang.

Abang saya.

Ramadan tahun lepas adalah kali terakhir menyambut Ramadan dengan beliau. Memandangkan saya berada di pantai timur tika itu, maka, sempat berbuka puasa bersama keluarga termasuklah beliau hanya beberapa hari sebelum syawal.

Ramadan kali ini pasti berbeza.

Kerana ketiadaan beliau di sisi. Teringat waktu kecil-kecil dulu. Beliaulah yang paling rajin dan suka mendengar lagu-lagu raya.

Dalam keghairahan menyambut Ramadan yang penuh barokah, jangan lupa mereka yang sudah dahulu dijemput Ilahi..

Al-akh Ahmad Munzeer bin Mohd Yusoff

Ustaz Asri juga..

Mereka itu tidak tahu pun bahawa mereka takkan sempat menyambut Ramadan 1431H. Kita pun tak tahu lagi sempat atau tidak. Jika ya, maka pergunakanlah dengan sebaiknya.. Rebutlah fadilat-fadilatnya. Jangan dipersiakan begitu saja. Kerna mungkin inilah yang terakhir buat kita.

t.e.r.a.k.h.i.r

bagaimanakah nanti kami di pagi raya? saat takbir raya berkumandang? Saat menjejakkan kaki ke tanah perkuburan?.

Pastinya sayu.

Pastinya diiringi esak tangis.

Kini, tiada lagi dapat bersama-sama membuat kuih raya.

Tiada lagi melihat beliau berbaju melayu di pagi raya.

Tiada lagi dapat bersama-sama memakan juadah hari raya.

Takkan.

Kita manusia ini, selalu rindu pada yang tiada tapi tak menghargai mereka yang dekat di sisi. Itulah manusia. Lemah sifatnya. Justeru, hanya pada Allah saja kekuatan dan peringatan itu dipinta. Kerana hakikatnya kita ini hamba yang tak punya apa-apa. Semuanya akan kembali kepada Allah.

Mana milik kita?

05 August, 2010

tautkan hati di sana




Bismillahirrahmanirrahim

Lama benar blog ini bersawang. Seringkali banyak saja idea untuk menulis. Tapi kekangan masa tak mengizinkan. Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa bersyukur ditujukan kepada yang selayaknya, Allah swt kerna memberi kesempatan pada diri untuk menceriakan kembali blog ini.

Kebelakangan ini, rindu benar hati ini kepada masjid. Menziarahi Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM bersama rombongan universiti, sangat-sangat menyuburkan kembali tautan hati dengan masjid. Melihat masjid Sultan Ahmad Shah dari luar, teringat kembali kepada zaman kegemilangan Islam dahulu.

Suasana dari luar bangunan Masjid Sultan Ahmad Shah yang dibina berlandas corak Islam benar-benar membuatkan hati terasa ingin lama di situ. Benar-benar terasa suasana berada zaman kegemilangan Islam yang waktu itu, zaman kemuncak pengembangan imu

Walaupun hari cuti, masjidnya tetap hidup. Jemaahnya terdiri daripada pelbagai bangsa.

Ada yang belajar, membuat discussion, mengaji dan tak kurang juga ada yang tidur merehatkan badan. Nak mengolah rasa keseronokkan berada di sana memag tidak dapat digambarkan.

Sebelum maghrib pula, kanak-kanak sudah bersiap sedia dengan baju melayu malah, ada antara mereka yang berjubah. Sementara menunggu azan maghrib, mereka tidak main-main. Malahan, membuat halaqah Quran pula. MasyaAllah, indah sungguh tarbiyah yang diberikan oleh ibu bapa mereka.

Moga mereka berterusan begitu buat selamanya.

Melihat situasi di university sendiri, suraunya lebih hidup memandangkan masjid memang jauh dari asrama. Tapi tak mengapa, asalkan yang dekat hidup pun sudah mencukupi.

Memang lain benar belajar di masjid berbanding belajar di bilik, dewan kuliah dan perpustakaan. Belajar di sana lebih tenang.

.

pemandangan di luar masjid.

ruang solat yang besar

pemandangan dari tingkat paling atas.

kanak-kanak membuat halaqah Quran.

ada yang menjadikan masjid sebagai tempat belajar mereka.


Ahlan ya Ramadan.

Dan sebagai menyambut Ramadan yang bakal tiba beberapa hari lagi, saya cuba untuk tautkan hati dengan masjid/surau. Dan moga istiqomah ke sana selama mana Allah mengizinkan.

Beruntunglah mereka yang hatinya bertaut kepada masjid. Kerana mereka kelak akan mendapat naungan di Hari Perhitungan yang mana tiada naungan selain naungan Allah swt.