11 July, 2010

cerpen 1

bismillahirrahmanirrohim

dengan rahmat dan belasNya, dapat juga penulis menghantar lagi post yang berbentuk cerpen bersiri. moga ada manfaatnya dan ikhlas. bak kata DR Majdi Al-Hilali dalam bukunya Rakaizud Dakwah,

'Setiap kebaikan bagi seorang hamba adalah semata-mata merupakan karunia dari Allah, anugerah dari Allah, kebaikan Allah dan nimat Allah.'

kisahnya bermula..

Insyirah mengintai ke luar jendela yang dibuka sedikit untuk melihat mentari tengahari. Menyaksikan padang universitnya yang dibasahi hujan yang turun sejak subuh tadi. Sudah tiga hari hujan turun tiada hentinya. Keadaan ini biasa berlaku di negeri-negeri pantai timur.

Hujung tahun bermakna mulanya musim tengkujuh. Tidak pernah terdetik di fikirannya akan tercampak ke negeri Terengganu ini. Masakan tidak, dari kecil hingga tika ini, tak pernah dia berenggang dengan keluarganya sejauh ini.

Dari biliknya, dia dapat melihat Universiti Medan Tarbiyah (UMT) yang hanya bersebelahan dengan universitinya, Universiti Dakwah Murobbiah (UDM). Dahulunya, UDM merupakan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, (KUSZA), sebuah kolej agama yang sangat pekat tarbiyahnya.

Bahkan lebih pekat berbanding universiti-universiti di Mesir. Biah solehnya sukar dicari ganti hingga kini. Kalau dulu,susah untuk melihat muslimah yang memakai seluar, semuanya berjubah atau berbaju kurung dan berjilbab labuh. Kalau nak keluar kolej, muslimah yang tidak memakai stoking, disuruhnya pulang ke asrama.

Ikhtilat antara lelaki dan perempuan sangat dijaga kerana keseganan antara banin dan banat amat tinggi. Maka tidak hairanlah dia kerap kali dengar rasa perasaan sedih , terkilan dan tidak puas hati daripada kakak-kakak senior yang dulunya sempat menjadi sebahagian daripada KUSZA.

Tetapi kini, situasinya amat berbeda apabila KUSZA kononnya dinaik tarafkan statusnya daripada sebuah kolej ke sebuah universiti.
Perlahan-lahan, Insyirah menutup semula jendela. Hari ini hari minggu. Dia sengaja terpuruk di dalam biliknya.

Seluruh perasaan masih merintih akan masalah yang masih memberati fikirannya. Saban masa, dia bersungguh-sungguh berdoa agar Allah membendung perasaan kasihnya terhadap seseorang yang membuatkan hatinya kini gundah gelana. Alangkah merananya dia dalam keadaan ini. Hatta ibarat terkena minyak pengasih.

“Ya Allah, suburkanlah cintaku padaMu..”rintih Insyirah.

Insyirah terpunduk dan beristighfar.

“Susahnya bila ada masalah hati ni”keluh Insyirah.

Dia mengeluh sambil tangan menarik kerusi belajar. Usai duduk, dia mencapai buku microbiologynya. Otak sudah diset untuk menyiapkan lab report yang tertunggak sedari pagi tadi dek kerana melayan lamunan yang entah apa-apa. Seketika, dia membaca doa belajar yang ditampal di dinding meja studynya.

Sedang tangan ligat menulis introduction of morphology and characteristic of bacteria pada kertas kajang, azan zohor berkumandang dari masjid UDM. Sayup-sayup saja kedengaran laungan kemegahan itu dek kerana kedudukan masjid UDM yang jauh.

Memang masjid itu dibina jauh dari blok-blok asrama. Sebab itu ramai studentsnya lebih prefer solat di surau-surau asrama saja. Mulanya dia agak terkejut kerana surau di blok asramanya diimarahkan bukan saja oleh muslimat, bahkan muslimin juga. Menyerupai surau besar di matrik dulu yang mana solat jemaah diketuai muslimin.

Sedangkan dia fikir, surau-surau asrama hanya untuk muslimat saja, seperti surau di blok asramanya ketika di matrik dulu.

Habis saja dia membaca doa selepas azan, dia mengejutkan Aishah, roomatenya yang sedang tidur. Qailullah katanya.

“Sha, Sha bangun. Dah azan dah..”sambil memanggil, dia mengoyang-goyang bahu Aishah.

..bersambung..

9 comments:

akhwat kerdil said...

salam ant,bagus penulisannya.bahasa yang mudah dipahami.teruskan!
ana menanti sambungannya (~,*)

umatMuhammad said...

salam to akhwat kerdil.
jazakillah khair. insyaAllah, penyambungan dalam proses.

masih ada cahaya said...

salam..ahsanti ya ukhti..mula2 bace pun dah menarik..enti memg berbakat la..waiting 4 da next stry..

rumate baru~ said...

urm...
nice intro :)

tp....
terlalu awal cerita ni stop...
walaupun intro, i think better buh die punye "cerita" sket..
biar nmpk sket gambaran jalan cerita...

haha suka hati je ana eh,jadi penilai..juz pandangan dr seorng yg x berbakat.hehe..sory,ngee~ :D

nway, nice writing... mabruk..
teruskan ye :D

Nurul said...

based on true story ka ukhti?

teruskan!
moga Allah redha~

umatMuhammad said...

assalamualaikum:

masih ada cahaya:
ilham Allah saja tu. jazakillah komennya.

rumate baru:
sudah tukar nama ka, uhibb?
bagus komen enti. membina..
jazakillah ukhti.komen yang bagus.

inniakhofullah:
soalan famous ni ukhti. apa-apa pun, ambil ibrohnya. cerpen ini ditujukan khas untuk diri ana yang mudah lupa dan semestinya untuk sahabat2 yang dikasihi.

ya, moga Allah redha. kerana tanpa redha Allah, maka, sia-sia sesuatu perkara itu.

adeq said...

eh aa cite depan ek?haha x sempat baca terus tengok komen..hampeh..

apapun ant memang suka menulis cerpen ek..macam inni jugak..ada masa meh la post di ILI ke..di HO (portal) ..ada ke ruangan cerpen??mana tahu silap hb ada penerbit buku nampak bakat ant nhe..leh jadi macam hilal Asyraf ke,Hlovate ke..

leh la jual kat Humaira bookstore..

Nurul said...

salam~

UM : usually, people do write based on their previous experiences ^_^.

adeq : dah agak dah. kome mana minat cerpen/novel. ana nya penulisan banyak sekerat jalan. tulis skit, save, pastu dah x sambung. jgn contohi ana. sila bersungguh2 ye UM dlm menulis.

dulu ana penah pg kursus penulisan Abdul Talib yg buat buku novel sejarah tokoh2 islam tu. time tu berkobar gak. itu satu ketika dahulu. ^_^

umatMuhammad said...

adeq:

Allah, tiba2 keluar nama Hilal Asyraf dan Hlovate pula adeq ini.

ada saja bahagian cerpen di HO. tapi cerpen baru sekerat jalan tulis, ukhti..

jazakillah semangat yang diberikan.

inni:
adalah sikit2 daripada experienced ana. insyaAllah,yang baik itu ana cuba gunakan untuk disebarkan. ukhti inni, try la buat cerpen untuk kami. mesti best.

kat shoutmix blog enti, guest itu siapakah?

M sudah tahu ana ada blog, jadi, kena hati-hati menulis. tak boleh somborono menulis kerana ianya melibatkan amal jamaie.

jazakillah ukhti sunira yang menegur..