17 May, 2010

peristiwa itu mengingatkanku tentang seni mempertahankan diri

Bismillahirrohmanirrohim..

Hari ini, hari yang mengajar banyak perkara.

1) Allah swt itu maha pengampun dan Pemurah. Malunya..Biar banyak manapun dosa yang tanganku buat, hakikatnya, taubat Allah masih terbentang terbuka. Masih memberi diri ini peluang untuk bertaubat. Alangkah keji diri ini. Masih tak sedar akan kemurahanNya. Malah kadangkala, ambil kesempatan atas kemurahanNya.

2) Sebagai muslimah, pentingnya kena ada seni mempertahankan diri. Kenapa tiba-tiba hal ini diperkatakan? Sebabnya, atas kuasaNya, dalam perjalanan ke pasar bersama umi yang dikasihi, dengan mata kepala sendiri, saya menjadi saksi satu kejadian ragut. masyaAllah, saya sangat kasihan akan mangsa ragut tersebut. Beliau hanya menaiki beca sambil membawa maknya yang tua. Sampai hati peragut itu..terjerit-jerit mangsa itu. Namun, apakan daya, saya agak berada jauh dari tempat kejadian. Hanya mampu memandang saja dengan perasaan yang sangat terkejut, dan kasihan.

Spontan teringat kejadian yang sama menimpa adikku hanya di depan rumah. Sedangkan kami semua masa itu sedang mengangkut (mengangkut ke mangangkat?) barang ke kereta untuk balik kampung. Saya yang sedang bancuh susu untuk adik bongsu, terus menerpa ke arah adik yang menjadi mangsa tersebut dengan botol susu yang masih di tangan apabila tiba-tiba adikku menjerit macam ayam.

Seperti biasa, adikku menangis kerana ujian yang menimpa dirinya itu. Sambil berkata:

“coklat aku dalam beg...”

Alangkah mengarutnya..


Instead of said:

“ya Allah, beg dompet aku..dalam tu ada ic dan segala bagai..”

Alangkah mengarutnya adikku itu..

Tak mengapalah, mungkin masa itu adikku tak waras fikirannya. Pagi tadi, terfikir bagaimana jika hal demikian terjadi pada diriku? Berserah atau melawan?

Some people said:
“biarlah harta hilang, jangan sampai nyawa tu hilang..”

Betul juga..
Tapi bagi mereka yang sudah ada seni pertahanan diri, adakah anda juga mahu meyerah begitu saja?

Some people said:
“ kalau menyerah, dah tu buat apa belajar taekwando, silat..”

Others said:
“tak berani aku..tak mantap lagi, tak practice betul-betul lagi..”

Tak mengapa, setiap orang ada kekuatan masing-masing. Andainya berasa diri mampu untuk melawan, buat yang terbaik dan niatlah ikhlas kerana Allah swt untuk melawan. Bukannya untuk orang kata kita ini berani. (teringat Laksamana Sunan dalam novel Cinta Sufi, Asid dan Irfan dalam novel Sinergi bertempur)

Banyak sebenarnya persatuan-persatuan seni mempertahankan diri di Malaysia ini. Dalam jangan dilupakan, dalam belajar apa jua seni mempertahankan diri, ikhtilat antara lelaki dan perempuan jangan dilupakan. Kalau di universiti saya sendiri, ramai kawan-kawan saya yang masuk Persatuan Silat.

Dalam kelas itu, lelaki dan perempuan dijarakkan. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Tenaga pengajar perempuan yang pun ada. Semuanya mengambil jurusan agama. Makanya, insyaAllah, mereka faham akan batas-batas pergaulan. Dan diakhir kelas juga, tenaga-tenaga pengajar akan memberi sedikit tazkirah ringkas untuk peringatan bagi semua yang sememangnya seringkali alpa.

~mendambacinta.dan.kekuatan.daripadaNya~

3 comments:

amira^syafiqah said...

salam alaik..

jerit macam ayam?

dengar cket hang jerit macam mana?
hehe..

che ira ku sayang,
choc tu baru beli kot..tak bukak plastik lagi tau..

ic tak payah nak risau act..sebab dah tahu dalam dompet lagi satu..

lebam tau tangan kena ragut time tu..hehe

adeq said...

innalillah..ukht muka pon kena ganas gak..x leh sokmo ayu2..

bak kata siswi..

jadilah "akhwat militan".

nur,1990. said...

klaka jugak nti nih..ade ke ckp adek jerit cam ayam..hehe

yg penting langkah2 mengelakkn kejadian camni lebih penting..tak usah la jinjing beg di hujung jari mcm mak datin slalu wat tu.. x pun letak brg berharga anda di tempat yg berlainan spy klu kene sambar pun, x sume hilang...dll

dulu sir taekwondo ana ade ckp.. awk gune ni utk PerTAhan kn Diri.. bukan pergi ajak peragut/penjahat/penyangak/etc tu berlawan plop..naye~

lagi2 kite ni wanita..so, ilmu tu gune untuk pertahankan diri n brg, if mampu la..

nway, perlindungan Allah lh yg plg diharapkan..doa~

asif, panjang plop..hik3