Dear: Muhammad Bin Abdullah (Rasulullah Saw)
From: Nurul Syuhada Binti Hasanul Ali
Bismillahirrahmanirrohim
Ya Rasulullah, jazakallah kerana dirimu sanggup berkorban demi aku yang hina ini.
Tapi, maafkan aku ya Rasulullah kerana aku tak bersungguh dalam menengakkan sunnahmu,
Apatah lagi membasahi lidahku dengan selawat ke atasmu,
Tapi ketahuilah wahai pesuruh Allah yang mulia, kerap kali diriku bermujahadah untuk mencari cintamu,
Tapi kerap kali juga aku tersungkur.
Ya Rasululullah,
Layakkah aku mendapat syafaatmu di akhirat kelak sedangkan diriku ini sangat jarang berselawat ke atasmu.
Air mata kerap kali menitis tatkala mengimbas kembali perjuanganmu bersama sahabat2mu.
Tapi, hanya ketika itu saja ya Rasulullah,
Hanya ketika itu saja aku merintih..,
Aku lalai lagi,,
Betapa solehnya engkau,
Menambat hatiku dengan cinta, pengorbanan dan ingatanmu kepada aku , umatmu yang fakir ini.
Tak layak rasanya aku menatap wajahmu apatah lagi mendampingimu..
Untuk apa pahit getir yang kau lalui jika bukan kerana untuk memastikan Islam sampai kepadaku..
Ampuniku ya rasulullah..
Ampuni aku..
Teringat kembali penderitaan para sahabat..
Khabab dibakar belakangnya dengan bara sehingga terpadam bara itu dek peluhnya,
Bilal, hamba cuma tapi cintanya kepada engkau dan Allah terlalu mendalam berbanding diriku yang entah bila betul2 mengerti erti kemanisan berjuang
Mus’ab bin umair kulitnya kasar umpama kulit ular kerana cintanya kepada perjuanganmu, hingga menitis air matamu ya Rasulullah.
Dan engkau, Rasulullah,
dIBALING bATU, dIBALING nAJIS uNTA, dIPUKUL, mENGIKAT pERUT kERANA kELAPARAN, mENANGIS..
Untuk apa semua itu kalau bukan kerana cintanya engkau kepada aku?
Sayangnya engkau kepadaku,
Tak mahu diriku terus berada dalam kejahilan..
Tapi apa yang aku buat untuk menhargai pengorbanan, kepahitan, kelelahan, kesakitan dan perjuanganmu ya Rasulullah?
mELENGAH-LENGAHKAN SOLAT yang kau berusaha turun naik ke langit untuk mengurangkan rakaatnya
tAK BACA aL-qURAN yang setiap kali wahyu turun, kau akan mengeletar kerana beratnya firman itu
jARANG SekALI BeRsELaWaT walaupun aku tahu fadhilatnya
mALU UNtUK MENeNGAKkAN SuNnAHMU walau ku tahu itulah yang akan memberikan syafaat kepadaku,
Adakah aku kau terima?
Ya mu’allim,
Walau dirimu tiada di sisi,
Walau wajahmu tak pernah ku tatapi,
Walau diriku tak pernah lagi menjejak kali di bumi kelahiranmu,
Walau diriku tak lagi menziarahi pusaramu,
Ketahuiah habibullah, engkau tetap ku cintai..
Sunnahmu dan akhlakmu ketika berdakwah, insyaAllah akan aku pratikkan dalam mengajak umatmu ke arah kebaikkan
Akan aku perbanyakkan menbaca kisah2 perjuanganmu bersama para sahabat
Akan ku cuba hidupkan sunnahmu dalam hidupku
Dan aku takkan mampu berbuat semua itu
Melainkan dengan pertolongan dan ihsan daripadaNya.
Firman Allah swt dalam surah at-taubah, ayat ke 128:
“Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri. Berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keselamatan dan keimanan ) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman”
~mendambacintaagung~
1 comment:
salam...
MasyaAllah..meaningfull
Post a Comment