Gerak langkahmu mengingatkan daku akan kematian
Dunia penuh dengan kepura-puraan
Kau harungi bersama sabar dan takwa
Kerana iman dan amal memenuhi hatimu
Di sebalik hijabmu
Kesabaran dan ketakwaan dipertahankan
Kerana dirimu penuh dengan nur iman dan islam
Untuk menegakkan hijab di akhir zaman
Al-Quran sebagai hiburan
As-Sunnah sebagai ikutan
Rumah tempat perteduhan
Dari dunia yang penuh dengan kepura-puraan
Di sebalik wajahmu
Terpancar nur jernih
Yang sentiasa mengingati mati
Yang mencintai Allah dan Rasul
Yang takut azab Allah
Yang taat perintah ibu dan bapa
Gerak gerimu ku perhatikan
Akhlakmu kau pelihara
Maruahmu kau jaga
Tutur katamu
Melambangkan sifat keibuan yang sejati
Bila bertembung dengan bukan muhrimmu
Kau tunduk memandang bumi
Kau ibarat permata berharga
Digilap, dibalut dan disimpan di tempat yang selamat
Kau juga ibarat gagak putih
Yang dikelilingi gagak-gagak hitam
Siangnya sibuk dengan urusan duniawi
Malam sibuk dengan urusan duniawi
Malam sibuk beribadat, berzikir, mentelaah Al-Quran
Tahajjud, witir, puasa, dhuha dan lain-lain amalan
Istiqamahmu..imanmu..akhlakmu..takwamu..amalanmu..hijabmu..
Dan perjuangan menengakkan kalimah Allah swt
Kekalkanlah imanmu hingga ke akhir hayat..
Segala puji dan puja setinggi-tingginya dipanjatkan kepada Tuhan sekalian alam , yakni Allah swt. Tak terhingga sungguh nikmat iman dan islam yang dikurniakan kepada kita.
Tak lupa, salam rindu dan selawat ke atas murobbi teragung kita, Rasulullah saw yang mana, jika baginda letih dalam memperjuangkan Islam lebih kurang 1430 tahun yang lampau, sudah tentu kita tak dapat kecapi nikmat Islam itu sendiri. Sebab tu kita kena perbanyakkan selawat dan bersungguh-sungguh (yang mampu) menengakkan sunnah baginda sebagai tanda betapa kita tersangat menghargai pengorbanan baginda.
Juga kepada ahlulbait baginda, para sahabat wa sahabiyah, para mujahid, mujahidah, ikhwah wa akhwat dan seluruh muslimin dan muslimat yang hingga kini masih tegar memperjuangkan islam ila yaumul qiyamah. insyaAllah.
Posting kali ini lebih untuk memberi peringatan kepada diri ana dan juga semua muslimah di luar sana. Dan syukur kepada Allah yg telah memberi ana ilham. Sebenarnya, banyak je ciri-ciri wanita solehah yg kita sendiri sudah sedia maklum. Tapi hanya beberapa kerat je yang ana dapat kongsikan di sini.
Moga2 kita semua dapat ikhtibar dengan posting kali ni. Memang kadang2 kita lupa sebab tu kita kena minta dekat Allah supaya memgingatkan kita apa yang kita lupa. Nak kongsi kat sini, bila ana dapat je artikel mengenai wanita solehah ni, ana terfikir ya Allah betapa istimewanya seseorang wanita tu..
Sangat istimewa..pelengkap kepada adam..paling suka ayat ana highlight kan tu..memang ana tak nafikan, nk tundukn pandangan sgt susah..tp insyaAllah kita buat sekadar yg kita mampu..sama2lah kita mendoakan agar wanita2 di akhir zaman tak menjadi fitnah kepada kaum Adam.
Ana sangat sayang kat shbt2 ana yg tak tutup aurat dengan sempurna..ana terfikir bagaimana pula dengan lelaki yang tengok wanita yg kurang sempurna auratnya?
Mesti lagi susah nak jaga pandangan. lagi2 lelaki yg betul2 menjaga. Jd disini, muslimat di luar sana, kita kena tolong la lelaki ni. Tolong tegur kawan2 kita agar menutup aurat dengan sempurna.
insyaAllah kalau kita betul2 nak perbetulkan apa yg benar, Allah swt akan bantu dan meneguhkan kedudukan kita. Firman Allah swt: (antum mesti dah biasa dgn ayat ni)
“Wahai org2 yang beriman,Jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (47:7)
Sebenarnya byk je ana nk ckp ni, tp hold on dulu..insyaAllah..
-mendambacintaAgung_