06 March, 2013

Indahnya Hidup Bertahtakan Kesufian


Something happened last Monday. Bertemankan lagu sentimental, aku buka kembali kitab Al-Hikam, karya Ibnu ‘Atha’ilah. Subhanallah, Allah Taala menjatuhkan pandangan mataku pada hikmah yang ke 108, iaitulah mengenai ujian.

Ya, ujian.

Baiknya Allah Taala. Allah Taala itu ada. Yang membuatkan hati tersentuh mengenai kata hikmah yang ke 108 ini adalah:

Rasulullah saw bersabda: “Apabila Allah swt mengasihi seseorang hamba, Dia akan mengujinya. Jika dia bersabar, Allah akan memilihnya (daripada kalangan semua hambaNya). Jika dia redha, Allah akan memilihnya (daripada kalangan hamba-hamba pilihanNya)
(Menurut al-‘Iraqi dalam Takhrij al-Ihya’, hadis ini disebut oleh pengarang al-Firdaus, daripada Ali bin Abi Thalib ra).

Oleh kerana Engkau ya Allah yang mengenakan ujian dan bala kepada makhlukMu, maka lakukanlah apa yang Kamu kehendaki. Ini kerana hamba-hambaMu yang sebenar pasti akan redha, sabar dan menerima segala ujianMu. Justeru, hikmah ini menjelaskan hakikat hambaNya yang sejati.

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan..

Seorang sahabat yang berjiwa sufi berkata padaku semasa kami mengelap equipment lab, usai experiment tentang ikan keli semalam, 

“ Ukhti, indahnya hidup andai hati bertahtakan kesufian, tasawuf dan dekat dengan Allah swt.”
Dan kata-katanya itu, sangat meresapi hatiku. Sejak membaca kitab al-Hikam pinjaman sahabatku itu, aku terus jatuh cinta dengan dunia kesufian.

Ujarnya lagi:

“Masa nak habiskan baucer buku minggu lepas, ana sangat rasa tak keruan bila tak beli at least satu buku tentang kesufian.”

Beliau sangat suka senyum dan ramai yang menyenangi perwatakannya. Masakan tidak, orang yang taqarub dengan Allah taala, memang dicintai manusia.

“Izhad fi dunya, yuhibbakallah, wazhad fiima 'indannas, yuhibbakannas” 
(HR Ibnu Majah)

Maksud sabda kekasih Allah Taala itu adalah: berlaku zuhudlah terhadap dunia, nescaya engkau akan dicintai Allah, dan berlaku zuhudlah sesama manusia, nescaya engkau akan dicintai manusia. (HR Ibnu Majah).

Para pencinta dakwah seperti Imam Syahid Hasan al-Banna dan As-Syahid Syed Quth juga berjiwa sufi tetapi pada masa yang sama, mereka berjiwa haraki.

Hebatkan mereka.

Bertambah terharu dengan kebaikan Allah Taala apabila diberi peluang untuk menadah kitab di musolla farabi oleh seorang pelajar pondok. Bilakah lagi kita mahu utilize peluang2 yang Allah beri?

Melihat pada keadaan sekarang, lebih-lebih lagi menjelang PRU13 ini, lagi perlu kita berkorban jiwa dan harta. Persetankan emosi negative dan focus pada amal. Dan akhirnya, berserah dan redhalah akan takdirNya.

insyaAllah, kitab-kitab kesufian akan ku buru!
 

25 February, 2013

Will u?


Dia jatuh terduduk di atas padang pasir yang gersang.

Kepenatan.

Sangat penat. Dia dahagakan air..namun, realiti padang pasir, di manakah mahu dicari air sumber penghilang dahaga.

Tekaknya kesat. Terlampau dahagakn air. Setitik air pun dirasakan cukup menghilang dahaga.

Muka tersembam di atas pasir tandus. Tidak berdaya. Hati terasa sayu dan hiba.

“Mampukah aku sampai ke hujung perjalanan”

Air mata mengalir mengenai butiran pasir.

Mata dipejam. Terlalu lemah dirasakan diri ini.

Aku ketandusan tenaga.

Namun sinaran matahari yang terik terasa dihalang oleh sesuatu daripada terus mengenai muka yang sudah kepucatan menahan penat.

Mata sedaya dibuka memandang ke atas. Mencari ‘benda’ yang menghalang sinaran cahaya Ilahi itu.

Pada mulanya pandangan kabur. Kegelapan.

Makin lama benda itu semakin mendekat.

Akhirnya, wajah sahabatnya terukir di pandangan mata dengan jelas. Senyum yang tenang terpamer pada wajah hafizah Al-Quran itu.

Sambil senyum penuh tenang, dia menghulur tangan.

“Jangan tersungkur ukhti. Mari, ana membahu enti”

Mata terpejam. Tanda terharu.

Si Hafizah Al-Quran memegang bahu. Air yang tinggal sangat sedikit dihulurkan kepada sahabat yang sangat kepenatan walaupun pada hakikatnya, dia juga sangat ketandusan air. Bibir sahabat sudah sangat pucat. 

Bangun tadi perlu dipapah.

Sahabat minum air. Si hafizah Al-Quran memandangnya dengan senyuman yang masih tidak lekang. Cukup menenangkan.

“Jazakillah ukhti”. Sahabat mengulur bekas minuman.

“Ana akan rasa sangat kehilangan peneman di jalan juang andai ana membiarkan sahabat tidak seiring dengan ana. Dakwah akan pincang dengan hilangnya nilai ukhuwah. Biar kita seiring dan sehaluan hingga ke akhir titik perjuangan.” Senyuman masih terukir.

Dua sahabat itu diam seketika. Desir angin padang pasir mengisi ruang antara mereka.

Sahabat yang dari tadi diam, membuka mulut.

“Ukhti..”

“Ya?” si hafizah Al-Quran berpaling dan menghadap muka sahabat seperjuangan dengan penuh kasih. Bilamana redha Allah yang diharap dalam ukhuwah, kesusahan sahabat umpama kesusahan buat dirinya sendiri.

“Jangan asingkan ana dari hidup enti” hati disagat kesayuan.

Si hafizah Al-Quran tersenyum lebih lebar dan memegang bahunya.

“Ukhuwah till jannah, will you?”

Akhirnya senyuman sahabat juga terukir.

“Yes, I will”.

The best love is when you love someone who makes your imaan rise, who makes you more pious and who helps you here in the dunya because that person wants to meet you again in the akhirat.


Dakwah akan pincang dengan ketiadaan ukhuwah.

08 January, 2013

Sifat Sufi dan Zuhud


“Selamat menyelami dunia kesufian, ukhti^^”

Dia menghulurkan kitab tebal berwarna hijau di depan pintu bilik.

“Eh, tak masuk dulu?”

“Tak mengapa, ana nak ke surau. Jaga baik-baik kitab kecintaan ana ni na”.

“InsyaAllah, I will”

Syarah al-Hikam

Dia membelek kitab di tangannya. Kitab itu bertajuk Syarah al-Hikam, jilid 2, dikeluarkan oleh syarikat Telaga Biru dan diterjemah dan disyarah oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Penulis sebenar ialah Imam Tajuddin Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim bin ‘Atha’illah as-Sakandari. 

Membaca isi kandungannya sahaja sudah terasa jiwa kesufian meresap ke jiwa. Antara tajuk isi kandungannya ialah:

11)      Sebagai ganjaran Allah swt kepadamu atas ketaatanmu, cukuplah redha Allah.

22)      Apabila Allah swt memberi kurnia kepadamu, Dia menjadikan kamu menyaksikan kebaikanNya.

33)      Janganlah kamu menuntut dan mendesak Tuhanmu dengan sebab kelewatan.

44)      Allah swt menyuruhmu di dunia ini supaya melihat, merenung dan berfikir.

55)      Allah swt telah mengetahui tentang dirimu bahawa kamu tidak akan bersabar.

66)      Jadilah orang yang bergantung kepada sifat-sifat ketuhanan Allh swt dan mentahkikkan.

77)      Kamu lebih memerlukan sifat lemah lembut Allah swt semasa kamu taat kepadaNya.

88)      Kamu tidaklah ditemani kecuali oleh Tuhan yang menemanimu, dalam keadaan Dia Maha Mengetahui tentang segala keaibanmu.

99)      Sekiranya cahaya keyakinan telah terpancar untukmu, nescaya kamu nampak akhirat itu.

110)   Apabila orang yang beriman (dengan keimanan yang sempurna) dipuji, dia rasa malu kepada Tuhanmu.

111)   Apabila golongan ahli zuhud dipuji, mereka berdukacita dan susah hati.

112)   Keinginanmu agar makhluk mengetahui keistimewaanmu adalah bukti ketiadaan sifat benar.

113)   Hilangkanlah (daripada hatimu) pandangan makhluk kepadamu, dengan (cara kamu berpada dengan pandangan Tuhan.

114)   Sesiapa yang benar-benar mengenali Tuhan Yang Maha Haq akan menyaksikanNya pada setiap sesuatu.

115)   Hanya kepada kehendak Allah swt jua setiap sesuatu (daripada segala makhluk ini) bersandar dan bergantung.

Pada saya, para pendukung risalah lah yang lebih-lebih lagi perlukan sifat sufi dan zuhud ini. Tapi pada masa yang sama, merekalah yang berani dan berjiwa syabab. Tak ke osem namanya tu?

30 December, 2012

Lunyai? Beruzlah lah.


Dia duduk di atas pasir. Menemani sahabat.

“Saya penat”, ujar sahabat yang galau hatinya. Masing-masing masih tidak mahu mengalihkan mata daripada melihat laut yang terbentang luas.

Mendamaikan.

Sebelum memberi nasihat, tangan kanannya memegang kejap bahu sahabat. Ditariknya sahabat dalam pelukan.

Erat.

Agar sahabatnya tak rasa keseorangan. Agar sahabatnya rasa, ada yang menyayanginya.

“Kita memang akan penat bila kita kejar manusia.”

Sahabat melentokkan kepala ke bahunya.

Terasa kebersamaan.

“Tahu tak, Allah itu cemburu melihat hamba-hambaNya yang mengetepikannya. Kenapa mencari manusia di kala susah? Mengapa manusia yang pertama sekali dicari dan bukannya Allah? Sedangkan Dia yang menciptakan kita, maka selayaknya Dia yang pertama kita rujuk.”

Nafas berat terkeluh jua.

Masing-masing merenung pantai. Seakan memikirkan ayat tadi.

Sahabat yang diam dari tadi bersuara.

“Kamu, saya teringin nak beruzlah. Saya teringin nak rasa: cukuplah Allah bagiku. Saya nak kuat macam dulu..saya dah penat.”

Dia tersenyum. Hakikatnya, itu jualah yang dirasa. Teringin mahu beruzlah agar rindu dan cinta kepada Pencipta segar kembali.

“Jom sahabatku. Moga kepenatan kita terubat. Bila Dia teguh di hati, dunia ini hanya remeh dan sangat sia-sia”

Sahabatnya menambah,

“Tapi selain kasih sayang Allah, kita juga perlukan manusia atau lebih tepat lagi… kita perlukan akhawat. Kalau tak, tak wujudlah ukhuwah..tak wujudlah habluminannas..kan kamu?”

Dia tersenyum.

“Ya benar..tapi jangan biarkan kebergantungan dan kebersamaan kepada manusia itu lebih tinggi daripada kebergantungan kepada Allah. Nanti Dia cemburu…”

Sahabatnya menengakkan kepala kembali menghadap laut. Ombak kuat lantaran baru saja hujan reda.

“Dan untuk beruzlah, kita perlukan keazaman dan tekad yang kuat. Beruzlah lah sampai Allah itu kau temui.”

Dia menambah:

“Ya, aku menyahutnya. Pantai, langit, pasir dan batu-batu ini menjadi saksi keazaman dan tekad kita.”

“Ya, insyaAllah. Aku mahu bertemu dengan jiwamu yang baru usai kita beruzlah nanti”

“Biiznillah.”

Sengih.

08 December, 2012

Nanti berkedut

Time table yang buat adrenaline di level yang tinggi seketika:

9/12-TEST FOOD LAW
12/12-PRESENT FYP PROPOSAL
13/12-SUBMIT FINAL DRAFT FYP
14/12-TEST PD, 

           CERAMAH SYIAH DI MASJID UNISZA
15/12-FIQH ISLAMI [9PG-1PTG]
16/12-SEMINAR AJINOMOTO [9PG-3PTG]
19/12-PD LAB[FINAL]
20/12-PD DAY [KAMPUS KOTA]
21/12- CERAMAH LIBERALISME PEMBINA
24/12- AGM PEMBINA UNISZA
31/12- FINAL EXAM
 
Alhamdulillah, jadual yang padat. Agak2 sempat tak buat benda lagho?
 
Dalam kelas plant design lepas, classmate tanya:
 
"Siapa nak jadi emcee untuk PD Day"
Ramai pandang saya.
"KAMU boleh?"
 
nak gelak rasa.
 
Cabaran perlu diraih walau diri rasa takut. Dan untuk itu, preparation awal perlu dibuat. Akhawat kena berani ke hadapan dan tunjukkan kekuatan peribadi yang ditarbiyah. Orang yang ditarbiyah kena kuat agar dia boleh terus menguatkan yang lain. Sepetimana para sahabat dan sahabiah ra yang berani dan osem.

Is it?

Penutup:
Pressure makes diamond, you know.

Dey, jangan tension. Berkedut muka nanti!



11 November, 2012

3 months of silence


3 months of silence, means, 3 bulan yang tiada update di sini. 3 bulan jua tak ziarah blog rakan2.

3 bulan yang mencabar.
3 bulan yang Allah beri untuk stabilkan emosi, stabilkan keimanan, stabilkan urusan mencari ketenangan hati dan penjernihan niat dalam beramal.
3 bulan yang cukup2 Allah ajar erti redha dalam hadapi ujian.
Ujian yang sama bertandang, tanda kita masih tidak meredhai ujian yang lalu. Yang mendengar, tak akan dapat faham dan merasai apa yang tukang cakap sampaikan. Tapi ketahuilah, nasihat yang secebis itu, sangat memberi kekuatan.
Sem ini, terasa sem yang Allah berkati. Melihat mutarobbi yang makin ‘gemuk’ berkembang, hati bahagia. Terkadang sayu kerana apalah yang diri ini buat sampai mereka ‘gemuk’ begitu. Hakikatnya, semua itu Allah yang beri, Alhamdulillah.
Maka, as murobbi, harus sujud syukur selalu, kan?

Harus banyakkan lagi langkahan kepada Allah melebihi langkahan mutarobbi. Harus banyakkan menangis agar terbentuk hati yang lunak dan lembut.

Melangkah ke sem baru ini, Allah sertakan ujian sebagai teman karib. Salah pasang niat pada langkahan pertama mungkin.

Sem ini jua, erti ukhuwah itu lebih dalam difahami maksudnya. Kerna ianya antara 3 aspek penting dalam amal jamaie. Tanpa ukhuwah, runtuhlah sesuatu jemaah itu. Mohon dengan tersangatnya, agar tiada unsur2 duniawi yang terselit dalam menjalinkan ukhuwah.

Fillah.
Terkadang kita terasa susah melepaskan apa yang bukan hak kita. Tapi termuhasabah apabila melihat Ustaz Rahman cakap kepada Delisa, “Kita terasa susah kerana kita tak ikhlas. Kita buat bukan kerana Allah swt”
Susah untuk melepaskan apa yang kita sayang. Susah untuk redha dan merelakan. Susah nak belajar. Susah nak mendidik hati sendiri dan orang lain. Susah itu, susah ini.
Benar. Sebab kita tak ikhlas. Ada unsur2 duniawi yang kita dambakan dalam amal kita.

Kita tak fillah dalam beramal. Kita tak nak hanya penat saja kita dapat atas sebab kita tak ikhlas. Na’uzubillah.

Hakikatnya, ujian itu mengajar untuk ikhlas dan berbuat dan penjernihan niat.

Dunia itu sementara sifatnya. Maka, ujian itu jua sementara. Yes?

Besederhanalah.
Ustaz Pahrol pernah menulis, besederhanalah kerana itulah yang selalu menyelamatkan kita.
Bersederhana dalam berkasih-sayang, dalam berehat, dalam beramal, dalam berukhuwah dan sederhanakan had kelajuan memandu. Tidak terlalu benci, tidak terlalu sayang, tidak terlalu drift, tidak terlalu itu dan ini.

Sederhanalah yang selalu menyelamatkan kita.

insyaAllah, semoga kita semua diberi kelapangan hati dan penjernihan niat dalam beramal. Sepertimana diri terasa manisnya kelapangan hati itu, didoakan jua agar kalian merasainya juga. Kuncinya, carilah Allah.

Di mana?

Di rumahNya.