Pesan seorang sahabat,
"Seperti mana syaitan laknatullah berusaha sungguh-sungguh untuk menarik kita menjadi kawannya di neraka, seperti itu bahkan lebih lagi kita kena berusaha super saiya lebih hebat untuk membawa diri kita ke syurga"
Jangan memenangkan usaha makhluk bertanduk dua itu untuk menjatuhkn kita. Bahkan kitalah yang perlu ketawa berdekah-dekah sebab berjaya jatuhkan, dudukkan dan buatkn dia nanges kekalahan.
Kita layak untuk bahagia, kan?. Justeru, mengapa begitu tegar menzalimi diri dgn berterusan dalam kesedihan?
Kadang-kadang kita sudah kuat, tapi syaitan laknatullah jentik balik titik kesedihan agar kita kembali jatuh. Memang la jahat.
Ya Qahar, kuatkan kami untuk mujahadah.
Dan nasihat daripada sahabat kepada sahabatnya saat kesusahan itu sangat
menyentuh. Sahabat juga manusia yang pasti ada titik kekuatan dan
kelemahan. Saat dia lemah dan meminta nasihat, tunaikanlah. Kerana
sebaik-baik nasihat adalah apabila ianya diminta.
No comments:
Post a Comment