Dia duduk di atas pasir. Menemani sahabat.
“Saya penat”, ujar sahabat yang galau hatinya. Masing-masing
masih tidak mahu mengalihkan mata daripada melihat laut yang terbentang luas.
Mendamaikan.
Sebelum memberi nasihat, tangan kanannya memegang kejap bahu
sahabat. Ditariknya sahabat dalam pelukan.
Erat.
Agar sahabatnya tak rasa keseorangan. Agar sahabatnya rasa,
ada yang menyayanginya.
“Kita memang akan penat bila kita kejar manusia.”
Sahabat melentokkan kepala ke bahunya.
Terasa kebersamaan.
“Tahu tak, Allah itu cemburu melihat hamba-hambaNya yang
mengetepikannya. Kenapa mencari manusia di kala susah? Mengapa manusia yang
pertama sekali dicari dan bukannya Allah? Sedangkan Dia yang menciptakan kita,
maka selayaknya Dia yang pertama kita rujuk.”
Nafas berat terkeluh jua.
Masing-masing merenung pantai. Seakan memikirkan ayat tadi.
Sahabat yang diam dari tadi bersuara.
“Kamu, saya teringin nak beruzlah. Saya teringin nak rasa:
cukuplah Allah bagiku. Saya nak kuat macam dulu..saya dah penat.”
Dia tersenyum. Hakikatnya, itu jualah yang dirasa. Teringin
mahu beruzlah agar rindu dan cinta kepada Pencipta segar kembali.
“Jom sahabatku. Moga kepenatan kita terubat. Bila Dia teguh
di hati, dunia ini hanya remeh dan sangat sia-sia”
Sahabatnya menambah,
“Tapi selain kasih sayang Allah, kita juga perlukan manusia
atau lebih tepat lagi… kita perlukan akhawat. Kalau tak, tak wujudlah
ukhuwah..tak wujudlah habluminannas..kan kamu?”
Dia tersenyum.
“Ya benar..tapi jangan biarkan kebergantungan dan kebersamaan
kepada manusia itu lebih tinggi daripada kebergantungan kepada Allah. Nanti Dia
cemburu…”
Sahabatnya menengakkan kepala kembali menghadap laut. Ombak
kuat lantaran baru saja hujan reda.
“Dan untuk beruzlah, kita perlukan keazaman dan tekad yang
kuat. Beruzlah lah sampai Allah itu kau temui.”
Dia menambah:
“Ya, aku menyahutnya. Pantai, langit, pasir dan batu-batu
ini menjadi saksi keazaman dan tekad kita.”
“Ya, insyaAllah. Aku mahu bertemu dengan jiwamu yang baru
usai kita beruzlah nanti”
“Biiznillah.”
Sengih.