3 months of silence, means, 3 bulan yang tiada update di
sini. 3 bulan jua tak ziarah blog rakan2.
3 bulan yang mencabar.
3 bulan yang Allah beri untuk stabilkan emosi, stabilkan
keimanan, stabilkan urusan mencari ketenangan hati dan penjernihan niat dalam
beramal.
3 bulan yang cukup2 Allah ajar erti redha dalam hadapi
ujian.
Ujian yang sama bertandang, tanda kita masih tidak meredhai
ujian yang lalu. Yang mendengar, tak akan dapat faham dan merasai apa yang
tukang cakap sampaikan. Tapi ketahuilah, nasihat yang secebis itu, sangat
memberi kekuatan.
Sem ini, terasa sem yang Allah berkati. Melihat mutarobbi
yang makin ‘gemuk’ berkembang, hati bahagia. Terkadang sayu kerana apalah yang
diri ini buat sampai mereka ‘gemuk’ begitu. Hakikatnya, semua itu Allah yang
beri, Alhamdulillah.
Maka, as murobbi, harus sujud syukur selalu, kan?
Harus banyakkan lagi langkahan kepada Allah melebihi langkahan mutarobbi. Harus banyakkan menangis agar terbentuk hati yang lunak dan lembut.
Melangkah ke sem baru ini, Allah sertakan ujian sebagai teman karib. Salah pasang niat pada langkahan pertama mungkin.
Sem ini jua, erti ukhuwah itu lebih dalam difahami maksudnya. Kerna ianya antara 3 aspek penting dalam amal jamaie. Tanpa ukhuwah, runtuhlah sesuatu jemaah itu. Mohon dengan tersangatnya, agar tiada unsur2 duniawi yang terselit dalam menjalinkan ukhuwah.
Fillah.
Terkadang kita terasa susah melepaskan apa yang bukan hak
kita. Tapi termuhasabah apabila melihat Ustaz Rahman cakap kepada Delisa, “Kita
terasa susah kerana kita tak ikhlas. Kita buat bukan kerana Allah swt”
Susah untuk melepaskan apa yang kita sayang. Susah untuk
redha dan merelakan. Susah nak belajar. Susah nak mendidik hati sendiri dan
orang lain. Susah itu, susah ini.
Benar. Sebab kita tak ikhlas. Ada unsur2 duniawi yang kita
dambakan dalam amal kita.
Kita tak fillah dalam beramal. Kita tak nak hanya penat saja kita dapat atas sebab kita tak ikhlas. Na’uzubillah.
Hakikatnya, ujian itu mengajar untuk ikhlas dan berbuat dan penjernihan niat.
Dunia itu sementara sifatnya. Maka, ujian itu jua sementara. Yes?
Besederhanalah.
Ustaz Pahrol pernah menulis, besederhanalah kerana itulah
yang selalu menyelamatkan kita.
Bersederhana dalam berkasih-sayang, dalam berehat, dalam
beramal, dalam berukhuwah dan sederhanakan had kelajuan memandu. Tidak terlalu
benci, tidak terlalu sayang, tidak terlalu drift, tidak terlalu itu dan ini.
Sederhanalah yang selalu menyelamatkan kita.
insyaAllah, semoga kita semua diberi kelapangan hati dan penjernihan niat dalam beramal. Sepertimana diri terasa manisnya kelapangan hati itu, didoakan jua agar kalian merasainya juga. Kuncinya, carilah Allah.
Di mana?
Di rumahNya.
No comments:
Post a Comment