11 November, 2012

3 months of silence


3 months of silence, means, 3 bulan yang tiada update di sini. 3 bulan jua tak ziarah blog rakan2.

3 bulan yang mencabar.
3 bulan yang Allah beri untuk stabilkan emosi, stabilkan keimanan, stabilkan urusan mencari ketenangan hati dan penjernihan niat dalam beramal.
3 bulan yang cukup2 Allah ajar erti redha dalam hadapi ujian.
Ujian yang sama bertandang, tanda kita masih tidak meredhai ujian yang lalu. Yang mendengar, tak akan dapat faham dan merasai apa yang tukang cakap sampaikan. Tapi ketahuilah, nasihat yang secebis itu, sangat memberi kekuatan.
Sem ini, terasa sem yang Allah berkati. Melihat mutarobbi yang makin ‘gemuk’ berkembang, hati bahagia. Terkadang sayu kerana apalah yang diri ini buat sampai mereka ‘gemuk’ begitu. Hakikatnya, semua itu Allah yang beri, Alhamdulillah.
Maka, as murobbi, harus sujud syukur selalu, kan?

Harus banyakkan lagi langkahan kepada Allah melebihi langkahan mutarobbi. Harus banyakkan menangis agar terbentuk hati yang lunak dan lembut.

Melangkah ke sem baru ini, Allah sertakan ujian sebagai teman karib. Salah pasang niat pada langkahan pertama mungkin.

Sem ini jua, erti ukhuwah itu lebih dalam difahami maksudnya. Kerna ianya antara 3 aspek penting dalam amal jamaie. Tanpa ukhuwah, runtuhlah sesuatu jemaah itu. Mohon dengan tersangatnya, agar tiada unsur2 duniawi yang terselit dalam menjalinkan ukhuwah.

Fillah.
Terkadang kita terasa susah melepaskan apa yang bukan hak kita. Tapi termuhasabah apabila melihat Ustaz Rahman cakap kepada Delisa, “Kita terasa susah kerana kita tak ikhlas. Kita buat bukan kerana Allah swt”
Susah untuk melepaskan apa yang kita sayang. Susah untuk redha dan merelakan. Susah nak belajar. Susah nak mendidik hati sendiri dan orang lain. Susah itu, susah ini.
Benar. Sebab kita tak ikhlas. Ada unsur2 duniawi yang kita dambakan dalam amal kita.

Kita tak fillah dalam beramal. Kita tak nak hanya penat saja kita dapat atas sebab kita tak ikhlas. Na’uzubillah.

Hakikatnya, ujian itu mengajar untuk ikhlas dan berbuat dan penjernihan niat.

Dunia itu sementara sifatnya. Maka, ujian itu jua sementara. Yes?

Besederhanalah.
Ustaz Pahrol pernah menulis, besederhanalah kerana itulah yang selalu menyelamatkan kita.
Bersederhana dalam berkasih-sayang, dalam berehat, dalam beramal, dalam berukhuwah dan sederhanakan had kelajuan memandu. Tidak terlalu benci, tidak terlalu sayang, tidak terlalu drift, tidak terlalu itu dan ini.

Sederhanalah yang selalu menyelamatkan kita.

insyaAllah, semoga kita semua diberi kelapangan hati dan penjernihan niat dalam beramal. Sepertimana diri terasa manisnya kelapangan hati itu, didoakan jua agar kalian merasainya juga. Kuncinya, carilah Allah.

Di mana?

Di rumahNya.