10 August, 2012

Pecutan!


Moga yang terakhir dan yang berbaki ini lebih mantap kualitinya daripada yang telah berlalu pergi.

Moga yang sikit itu penuh dengan ikhlas tiada riak.

Moga yang sekejap ini yang dapat membasuh jiwa, berkesan menanggal karat jahiliyyah, lantas menyucikan semua dosa.

Aku mahu, bila 1 Syawal nanti (jika Dia izinkan..), jadi baru, wangi dan bersih. 
Bukan mengenai fizikal yang bersiram wangian, sabun, deodoran, mahupun disaluti baju baru.

Tapi mengenai spiritual. Akal. Nafsu. Iman.
Biar mereka ini transform menjadi lebih baik. Baik yang disukai Tuhan.

-detik-detik terakhir. Ini harapan Ramadhan aku. Engkau mengharapkan apa utk Ramadhan kali ini?-
-harapan, datangkan dengan amalan, insyaAllah, pasti menjadi kenyataan!-

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya bertanya, "Ya Rasulullah, jika saya tahu bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu ?" Nabi s.a.w. menjawab: "Berdoalah, "Allahumma innaka ‘afu wun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Tirmidzi) 

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, "Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)
Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari) 
Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari) 

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim) 


Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas. 

08 August, 2012

Mereka Itu Kurniaan Ilahi


Allah bagi peluang untuk mata ini melihat senarai akhawat Terengganu yang nak grad. ALLAH..~ sedihnya rasa. Tahun 2013 akan sunyi tanpa akhawat yang ‘dulu’.L

Rasa macam tak nak berpisah boleh tak? L


Allah, tak pernah rasa sedih macam ni bila berpisah dengan akhawat.

Sayang, baru mahu bersama gencar kembali, sudah kena berpisah.

Dialog

A: Tapi dear, Allah kan tahu yang terbaik. Dia mahu kamu lebih menghargai akhawatJ. Menggunakan sisa masa yang berbaki ini untuk cipta kenangan banyak2.

B: Tapi nanti akan terasa sunyi.. suasana dah tak macam dulu.. L

A: Dear, bila mana bertemu berpisah kita kerana Allah, maka redha dan pasrah itulah pengubat jiwa yang sebenar. Maka akan lebih ramai kader2 dakwah di bumi ini.

B: Erk~.. Terdiam.
....
....
B: True. Segalanya bermula dengan niat. Doa rabithah peneguh ukhuwah. Hm, tiba2 jadi jiwang pula malam ni. Doakan saya KUAT!

A: Always. Sentiasa mendoakan akhawat. J. Doa mengiringi kepergian akhawat meneruskan AGENDA umat yang lebih besar. Xmo sedey2 naa~ tapi dear, satu saja saya nak pesan.

B: Apakah ia?

A: Letakkanlah Dia yang tertinggi di hati kamu. Bukannya akhawat. Menyayangi akhawat hanya manfestasi cinta kamu kepada Dia. Kerana Dia cemburu andainya ada yang lain yang tertinggi di hati kamu selain daripada Dia.

B: Gulrp!
....

A: Biarlah cinta, sayang dan rindu kepada Allah yang tertinggi daripada segalanya J



Allah, Al-Wadood.

Al-Wadood means the All-Lovings.

Video ini, menyuburkan mahabatullah.


Apabila seseorang mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya. Dan apabila seseorang dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan oleh Allah. Seluruh energy alam akan menyebelahinya. Dalam hadis qudsi, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Allah akan berfirman: ‘Wahai jibril, Aku mencintai seseorang hamba, maka cintailah dia’. Kemudian Jibril memanggil penduduk langit dan berkata: ‘Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia.’ (Riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah).




Daripada Anas bin Malik ra, bermaksud: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman, siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain, siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (bukan sebab duniawi) dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana benci akan dicampakkan ke dalam api” (Riwayat Muslim)

“Iman itu boleh bertambah dan berkurang, maka perbaharuilah imanmu dengan la ilaha illallah” (Riwayat Ibn Hibban)

“Katakanlah: ‘Jika kamu mencintai Allah, makan ikutilah aku (Muhammad) nescaya Allah akan mencintaimu dan mengampunkan dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (3:31)




Syeikh al-Syibli berkata: “Apabila engkau mengecapi manisnya berhubung denganNya pasti kamu mengetahui betapa pahitnya putus hubungan (denganNYA)”

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Allah berfirman pada hari kiamat: “Di manakah orang yang bercinta kerana keagunganKu pada hari ini? Aku akan menaugi mereka di bawah naungan-Ku 

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihani saudaranya sepertimana dia mengasihani dirinya sendiri” (Riwayat Ahmad)

Dalam athar disebutkan “Tidak ada kenikmatan seseorang hamba yang lebih baik selepas nikmat Islam selain daripada kenikmatan mempunyai sahabat yang soleh. Apabila lupa, dia akan mengingatkan dan apabila ingat dia akan membantunya.

p/s: ausini ya akhawati.