20 June, 2012

Akhawat super saiya, jom?


Tuhan,
Engkau suruh aku berusaha,
maka aku terus cuba mencuba,
tolak tepi semua duga,
merempuh sengsara derita.

Susah wahai Tuhan,
kerana aku manusia punya jiwa,
ada masa lemah tidak tertahan,
ada masa berdarah terluka.
Adakala rasa mahu berhenti,
tetapi hanya Dikau punca gerak langkahku ini,
justeru bila jatuh,
aku tetap bangun lagi.

Tuhan,
Engkau suruh aku berusaha,
maka tidaklah ada aku cita melainkan yang tinggi,
Engkau Maha Tahu wahai Tuhan bahawa tidak ramai memahami diri inii,
tetapi aku berusaha kerana Engkau yang memerhati.

Aku berselisih dengan mereka,
mereka dan mereka,
hatta orang yang aku cinta juga tidak mampu mendalami apa yang aku usaha,
kadangkala dalam langkahan ini aku terasa sunyi,
entah berapa gelen jejesan air mata menemani,
bukan mudah Wahai Tuhan,
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.

Kalaulah bukan keranaMu wahai Tuhan,
maka usaha ini telah lama aku henti,
tetapi aku masih melangkah hari ini Tuhan,
tanda aku masih usaha,
masih percaya,
kepadaMu tanpa ragu di dalam hati.

~ Hilal Asyraf ~

***********

Maka, atas asbab Allah swt yang menggerakkan langkah ini, aku gerak. Tak kan mau cenggeng selamanya? ceh!
kata nak jadi akhawat yang super saiya kuat jiwanya?

 aurora islam: No more tears for people...
                     Your tears are only for Allah...
                     Allah rindu kita ukhti...

sis noora: CABUT rasa sayang dan rindu pada manusia.

ps: baru baca post ukhti nasihah. rindu saat-saat dipanggil 'akak.....'..

16 June, 2012

Muazzin's Choc and Cookies

“Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)” Quran 11:6.

“Apabila salat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi; carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung” Quran 62:10.
************
Maka, dengan sedikit ilmu yang dapat dipelajari semasa praktikal, saya memulai bisness kecil-kecilan ini. Sambil-sambil, mengisi cuti sem ini dari terbuang begitu saja.

Berminat? 

Tengok dulu..



This one is caramel cookies




This perfect "invention" by far! Best-seller since it was announced to be available to all.

RM19.00 for 27 pieces




This is Classic Chocolate Chip Cookies



This famous chocolate chip cookies will definitely outspark your taste buds with their rich chocolate nature, perfectly caramelized edges, added with our own secret ingredient that has been an addiction to many.

RM19.00 for 27 pieces



This one is Oreo Pudeo Cookies




Never resist yourself with its inevitable and subtle taste that melts in your mouth, sweet-savoury chocolatey oreo, creamy and buttery, just so delicious.

Rm21.00 for 27 pieces



Praline Chocolate !!



The one with strawberry's shape contains roasted almond, RM18.00 for 32 pieces
and the one with apple's shape contains crunched cornflakes, RM 17.00 for 32 pieces.


This one is White Chocolate Chunk Cookies



Milk with a mix of white chocolate define the true nature of the taste, despite it melts in your mouth relentlessly leaving you unbound and wanting for more!

RM21.00 for 27 pieces


10% keuntungan akan diinfaqkan. Maka, anda membeli, anda menderma sekali.!
Berminat? 
Boleh contact saya: syahirah_nusaybah@yahoo.com 
atau:



05 June, 2012

Reflection: Death


Bismillahirrahmanirrohim

Belakangan ini, hati sedih dan sebak. Sedih dan sebak yang sesungguhnya. Baiknya Allah, sudi menegur diri diri di saat hati makin lalai mengingatinya.
Kembali muhasabah apabila menerima berita pemergian abang kepda seorang akhawat UniSZA hari khamis yang lepas.
Sedih dan sebak yang teramat kerana diri juga pernah rasa erti kehilangan itu.
Report praktikal terbengkalai..
Sebak di hati hanya Allah yang mengetahui..
Rasa di hati hanya pada Allah diserahkan
Terasa ingin terbang ke sisi akhawat itu saat itu juga tapi apakan daya diri kerana terikat dengan tanggungjawab yang lebih memerlukan focus. Tiada yang mampu diberi melainkan kata-kata semangat dan doa buat beliau sekeluarga walaupun panggilan telefon terputus di tengah jalan.

Mendengar suaranya yang lemah, cukup membuat hati ini sayu. Hati mana yang tak sedih bila kehilangan orang yang disayangi. Terlebih lagilah sedih apabila kenduri kahwin bertukar menjadi kenduri tahli. Pasti ada HIKMAH!

Dulu dan hingga saat ini, sering dipohon kepada Allah swt, agar dipelihara kenangan bersama arwah abang sebagai satu tanda yang diri pernah punyai seorang abang yang baik hati. Tiada yang diharapkan agar semuanya dirahmati Allah kerana apalah erti semuanya andai tanpa redha Allah Taala.
Focus di medan rumah kini harus diraih dan dikuatkan. Yang lepas biar lepas..kerana masakan sesuatu itu terjadi dengan sia-sia. Allah itu sentiasa ada, yakinlah! Letakkanlah setinggi-tinggi harapan pada Yang Esa kerana Dialah yang Menguasai segala-galanya.
Bila kita taqarrub pada Allah, ketahuilah Allah itu sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita.
Moga masih dipanjang umur dan dikurnikan rezeki untuk berjumpa. Kalau tak di dunia, insyaAllah, di syurga kelak.

Cukuplah siroh, ahlul bait dan kisah pada sahabt menguatkan diri ini kembali.

Rasulullah saw kehilangan Saidatina Khadijah dan Abu Talib pada tahun yang sama. Pergi ke Taif dengan harapan dapat berdakwah sekaligus mententeram hati yang gundah. Tapi tidak pula bersedih berlebihan sehingga menjadi tidak focus dan futur apabila dakwahnya tak bersambut dan diri Baginda sendiri luka dengan teruk.

Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar sendiri tidak pula meninggalkan perjuangan Rasulullah saw apabila Baginda wafat dijemput Allah yang Esa.

Tidak pula Saidatina Zainab, cucu Rasulullah saw putus asa bahkan lagi bertambah semangat apabila melihat abangnya, Saidina Hussin dibunuh di Karbala depan mata kepalanya sendiri. Bahkan dengan semangat jiddiyah (bersungguh-sungguh), Saidatina Zainab bangkit meneruskan datuknya, Rasulullah saw.

Mereka- generasi awal Islam sangat meredhai ujian yang diberi oleh Allah swt. Kerana mereka tahu:

" Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar dijihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu" (47:31)

Hati mereka tahu, semakin Allah sayang, semakin Allah akan uji. Kerana tidaklah berada di sisi Allah itu melainkan mereka-mereka yang hebat saja.

Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti! Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu.Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya.. 

SIBUKKANLAH DIRI MU. BERIBADAHLAH SEHINGGA KAU LETIH UNTUK MERASA SEDIH. GEMBIRAKANLAH HATI MU DENGAN MENGGEMBIRAKAN ORANG LAIN. CARILAH PELUANG KEBAJIKAN DAN KEBAIKAN YANG BERTABURAN. BILA SESEKALI KESEDIHAN DATANG TANPA DIUNDANG, BERWUDUK DAN BACALAH AL QURAN. DIRIKANLAH SOLAT, SESUNGGUHNYA SOLAT ITU SATU KEREHATAN. BEGITULAH SETIAP KALI RASULULLAH SAW BILA TERASA GUNDAH… DIADUKAN KESEDIHAN KEPADA ALLAH.

Buat ukhti nurul hanan binti jasmin, moga diteguhkan hati, dikuatkan semangat dan dikurniakan kesihatan yang terbaik. Dimurahkan rezeki dan dipanjang umur, berjumpalah kita bulan 9 nanti. Moga pengalaman yang sama ini, mengeratkan lagi ukhuwah kita dan menjadi asbab untuk kita mendapat naungan Allah di akhirat kelak. Fi hifzillah..