16 September, 2011

Kalam-puncak

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang masih sudi menegur dan membimbing diri ini untuk terus melakukan kebaikan. Minggu ini minggu pertama kuliah jadi tak banyak kerja yang perlu di settlekan.

Sebelum meneruskan pembacaan, suka untuk saya galakan pembaca hayati video ini terlebih dahulu.

Dengan ketentuan Allah, saya berkesempatan ziarak ke blog kalam-puncak.

Apa istimewanya blog ini?

Masihkah anda ingat negara kita pernah heboh dengan berita kematian seorang pelajar Malaysia di Mesir akibat kemalangan pada tahun 2009? Saya kongsikan berita tersebut. (Diambil dari berita harian).

Pelajar Malaysia maut nahas di Kaherah.

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Kaherah, Mesir, meninggal dunia selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya kelmarin.Muhammad Amar Zulkifli, pelajar perubatan tahun tiga yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang terbabit dalam kemalangan bersama empat rakannya ketika pulang dari Ain Sokhna, selepas waktu Maghrib, kelmarin (waktu Mesir).

Menurut laporan laman web Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang (Mesir) kenderaan yang mereka naiki terbabas apabila cuba memotong sebuah lori dan mengakibatkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.Muhammad Ammar meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi rakannya cedera.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Kasr El Ainy untuk rawatan lanjut.Mangsa lain dikenali sebagai Abdul Rahman Ramdzan dikatakan patah lengan kanan, manakala seorang lagi, Akram Abdul Kadir masih koma. Bagaimanapun, dua lagi rakan mereka hanya cedera ringan.Jenazah Ammar disembahyangkan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas solat Zohor.

Sementara itu, jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata, jenazah Muhammad Ammar dijangka tiba di Malaysia Sabtu ini. - BERNAMA.

Beliaulah arwah Muhammad ammar zulkifli. Melalui blog arwah yang kini penulisannya diteruskan oleh bonda arwah, Ummu Ammar, saya dapat baca post terkini dengan tajuk, ‘dua tahun berlalu’. Sayu dan terkesan dengan cerita-cerita baik yang dicoret bukan saja oleh Ummu Ammar bahkan sahabat-sahabat arwah.

Menonton video pengebumian jenazah arwah cukup untuk diri muhasabah diri. Kagum dengan keramaian orang ramai yang datang. Subhanallah..

Bagaimana ye kematian kita nanti? Masihkah ada yang sudi mendoakan?

Hakikatnya, semua itu bergantung dengan peribadi kita di dunia. Baik atau buruk.

Menerusi post-post di blog arwah, saya simpulkan bahawa arwah adalah seorang dai’e yang soleh bahkan akhlaknya yang baik masih terus memberi kesan pada kita yang hidup walaupun arwah sudah tiada.

Arwah pergi sewaktu berumur 21 tahun. Masih muda tapi sudah menjadi dai’e yang luar biasa.

Bagaimana kita yang berumur 21 tahun tika ini?

Moga kita ini juga begitu, insyaAllah.

Kita hidup hanya sementara.

Kesusahan yang dihadapi hanya sementara.

Penat jerih dalam menuntut ilmu juga sementara.

Pengorbanan yang melukakan hati di jalan dakwah juga fana.

Yakinlah wahai diri, itu hanya sementara.

Yang kekal adalah di sisiNya.

No comments: