28 June, 2011

Saranghae Ukasyah! - bahagian 2

~Moga semua keranaNya~

Sampai sudah di stesen bas Terengganu, MBKT. Ukasyah dan sahabatnya, Taqiuddin melangkah ke tempat menyimpan beg. Mereka mahu ke pasar payang. Jenuh mahu mengangkut beg ke sana ke mari walaupun hanya beg laptop. Walaubagaimana pun beg pack tetap dipakai. Taqiuddin pula setiap kali mahu pulang ke rumah, beg mesti banyak.
Bawa baju sekali katanya.

“Ek ena, macam kat rumah kau tu tak ada baju lagi pula”

“Biarlah Syah. Bukannya aku berjalan kaki balik rumah. Naik bas kan. Lagipun..”

Taqiuddin berhenti sebentar. Muka Ukasyah dipandang sekilas .

“Kau kan ada..apa salahnya tolong kawan kau yang baik ni..haha”

“Banyaklah kau!”Ukasyah menampar bahu Taqiuddin.

“Wei!”

Ukasyah dan Taqiuddin rakan sekuliah dan sama-sama menetap di Shah Alam. Jadi, setiap kali cuti, mereka akan balik bersama. Selalunya Ukasyahlah yang jadi tukang beli tiket memandangkan dia belajar di kampus yang dekat dengan stesen bas iaitu Kampus Kota. Manakala Taqiuddin, belajar di kampus induk yang mana terletak juga asrama dia dan Ukasyah.

Perjalanan dari kampus induk a.k.a (also known as) asrama Taqiuddin dan Ukasyah ke Kampus Kota mengambil masa selama 40 minit. Macam-macam gelagat para pelajar ini dari naik bas sampailah turun bas walaupun hakikatnya mereka sudah menyandang gelaran mahasiswa.
Kadangkala, kalau nampak pelajar-pelajar daripada kos lain membaca nota-nota, soalan cepu mas akan ditanya.

“Ada test ke hari ni?”

“A’ah. Killer subjek pulak tu.”

Maka, nampak sangatlah kebanyakkan para pelajar baca nota sebab nak periksa bukan sebab kerana ingin mengtahui sesuatu ilmu itu sendiri. Jarang benar nampak pelajar yang baca nota sebelum masuk kuliah. Yang ada kebanyakkannya baca nota sebelum test, quiz, presentation dan final exam.
Ada yang lagi dahsyat. Yang tidur pun ada. Kadang-kadang , sempat lagi pelajar-pelajar ini makan dalam bas. Bukan yang berat-berat, Cuma sekadar roti atau biskut.

Mana taknya, kuliah start pukul 8.00 pagi, sampai kat Kampus Kota pula dalam 7.45 pagi. Itu pun kalau pak cik driver jalan sharp pukul 7. Tapi ada saja budak-budak ini yang bantai makan juga kat café walaupun sudah pukul 7.59 pagi dan kuliah akan start dalam masa lagi satu minit!

“Jom!” Taqiuddin sudah membuka payung. Hujan sudah jadi perkara biasa di sini bila tiba musim tengkujuh. Kadang-kadang sampai dua hari hujan turun tak henti-henti.

Tepat saja mereka pulang dari Pasar Payang, bas mereka sudah sampai. Kelam kabut Taqiuddin dan Ukasyah mengambil beg di tempat penyimpanan beg tadi. Taqiuddin lah paling kesian. Berkerut-kerut muka mengangkat beg yang berduyun-duyun. Ditambah dengan beg keropok lekor lagi.

“Meh la aku tolong. Kesian pulak aku tengok” Ukasyah mengambil beg di tangan Taqiuddin.
“Ha, daripada tadi aku nak dengar ayat tu, kau lah kawan aku dunia akhirat, Syah.” Taqiuddin sengih.

“Uih, terharunya aku.”

“Dah la, gerak-gerak! Layan kau ni, terlepas pula bas tu nanti.” Taqiuddin sudah berjalan beberapa langkah ke hadapan, meninggalkan Ukasyah.

Usai meletakkan beg, mereka menyerahkan tiket bas untuk diperiksa oleh driver bas.

“Qi, aku nak duduk tepi tingkap tau.”

Orait, no problem.” Taqiuddin memberi laluan untuk Ukasyah masuk ke tempat duduk terlebih dahulu.

“Aik, selalunya bermati-matian kau nak duduk kat tepi tingkap setiap kali nak balik?” Ukasyah bertanya manakala Taqiuddin pula sudah duduk di seat sebelah. Beg pack diletakkan di kaki. Ukasyah juga berbuat begitu.

“Ithsar kan lebih baik, Syah” Taqiuddin memandangnya sekilas dengan senyuman.

“Ya, melebihkan saudara melebihi dirinya sendiri.” Ukasyah turut tersenyum. Itulah ithsar.

“Jangan lupa banyakkan doa ketika bermusafir ni. Mustajab tau.” Taqiuddin membuka kopiah.

Digaru-garunya kepala yang terasa gatal sebelum menyarung kembali kopiah pemberian abahnya itu. Dia lebih gemar memakai kopiah berbanding dengan songkok.

“Kopiah ni senang nak basuh kalau kotor.”

Itulah jawapan Taqiuddin bila ditanya.
“Ya, terima kasih atas peringatannya.” Ukasyah angguk kepala. Dia mengeluarkan terjemahan Al-Quran manakala Taqiuddin mengeluarkan buku ilmiah dan mp3 yang dipasang ayat-ayat suci Al-Quran..

Saat bas mula bergerak, dua orang hamba Allah itu sudah larut dengan bacaan masing-masing. Ukasyah tersenyum. Bayangan keluarga yang sudah dua bulan tidak bersua, bermain-main difikirannya.

****************
Tuk tuk tuk..
Pintu bilik Izzat diketuk.

“Adik, bangun solat subuh!”Ukasyah melaung dari luar bilik adiknya.

“Pukul 6.40pagi dah ni. Takkan tak bangun lagi?” Ukasyah bermonolog. Risau. Dia masih tercegat. Usai solat subuh dan mengulang hafazan di surau berhampiran, Ukasyah terus pulang ke rumah. Terkejut dia apabila adiknya tak bangun lagi.

“Izzat dah bangun Syah?” Puan Hasnah menegurnya.
“Belum lagi, Bu. Memang izzat selalu lambat bangun solat ke umi?”

“Hai, entahlah Syah. Dari tadi ibu kejut. Tak bangun-bangun juga. Karang nak dekat pukul tujuh baru kelam-kabut nak bangun budak tu” Puan Hasnah sudah bergerak ke dapur. Mahu menyediakan sarapan.

Ukasyah mencuba lagi.

“Izzat bangun! Nanti terlepas subuh!” Ukasyah bersuara sambil tangan mengetuk pintu bilik Izzat.

Beberapa saat selepas itu, kedengaran derap langkah. Pintu bilik terkuak. Izzat memandangnya dengan muka berkerut sambil tangan mengosok-gosok mata.

“Apa ni bang? Pagi-pagi dah memekak!”

Ukasyah mengerutkan dahi.

“Dah solat subuh, Izzat?”Ukasyah masih cuba megawal suara walau hakikatnya hati tengah menahan marah dek kerana sikap Izzat itu.

“Hisy..” spontan Izzat melihat jam di meja belajarnya. Muka masih monyok. Kepala yang tak gatal digaru-garu. Dengan langkah yang malas, dia bergerak ke bilik air.

Ukasyah memandang Izzat.

“Macam manalah nak tarbiyah budak ni?”

*********************************************************************************

"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu (Muhammad) yang terdekat, dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang beriman yang mengikutimu. Kemudian jika mereka mendurhakaimu maka katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya aku tidak bertanggungjawab terhadap apa yang kamu kerjakan". Dan bertawakallah kepada (Allah) yang Mahaperkasa, Maha Penyayang." (26:214-217).

ibrah 1: kadang-kadang kita (terutamanya saya) lupa, keluarga juga mad'u kita. Ayat Al-Quran di atas saya lihat sebagai ayat motivasi untuk mengajak keluarga ke arah kebaikan. Dan juga sebagai ayat pemujuk andai ingatan tidak disambut dengan baik.

ibrah 2: Subhanallah, ithar itu sangat indah.

ibrah 3: Mustajab doa ketika musafir. Jadi, sama-sama kita banyakkan doa, zikir atau mentadabbur alam sepanjang musafir. Seperti Ukasyah dan Taqiuddin, tidak mensia-siakan perjalanan mereka di dalam bas dengan hanya tidur sahaja.

ibrah 4: sungguh, ini merupakan tanbih buat diri saya.

~pen.off.~

No comments: