21 January, 2011

Permudahkan Urusan Ukhtiku

In the name of Allah, the most All High.

Nama pun akhwat. Semestinya gembira andai ukhtiku gembira juga. Nama pun akhwat, mesti sedih dan kasihan andai melihat ukhtiku sedih dan diuji. Alhamdulillah, selepas maghrib sempat berbual dengan ukhtiku.

Setelah sekian lama tidak berbual panjang, banyak cerita yang dikongsi. Tidak disangka, beliau sedang diuji. Saya kira, urusannya sudah selesai dan jelas setelah perbincangan empat mata (atau mungkin lebih) dijalankan. Nampaknya lagi hebat dugaanya.

Selepas itu saya perasan satu benda, silaturrahim kerana Allah itu lebih kuat. Betul, Ikatan persaudaraan yang tulus dan ikhlas berbeza dengan cara dilakukan oleh bukan Muslim kerana silaturahim yang dibina kerana Allah lebih kuat dan teguh. Saya yakin benda ini sebab iman setiap orang kita kepada Allah disambungkan kepada mereka-mereka yang juga beriman kepada Allah.

Sebab itulah kadang-kadang kita rasa lebih menyayangi sahabat kita lebih dari kita meyayangi keluarga kita. Pengalaman saya, semua ini dirasai apabila kita sama-sama beribadah kepada Allah. Contohnya semasa di matrik dulu kami bukannya satu practicum. Jarang benar jumpa pada waktu siang Tapi hampir setiap maghrib dan isyak kami berkumpul di surau. Kongsi cerita apabila yang berlaku pada hari itu.

Orang yang merasai manisnya iman sukar berkongsi apa yang dirasai dengan orang lain melainkan perasaan sama turut dialami. (oh, ini bukan diskriminasi). Alhamdulillah, berjumpa di tempat (surau) dan tujuan yang mulia (untuk solat berjemaah) menghasilkan ukhwah yang indah.

Sama juga bila saya masuk universiti ini. Saya kenal ramai kakak-kakak yang juga mahu mencari redha Allah di surau. Yang paling saya suka, walaupun kami dalam bidang sains, tapi classmate saya ramai yang berfikrah, alhamdulillah. Kadang-kadang dhuha bersama, makan bersuap dan saling mengingatkan untuk qiamulail. Walaupun kadang-kadang tak dapat berjumpa di hujung minggu kerana masing-masing berkomitmen dengan pogram.

Daripada hubungan persahabatan juga, saya dapat rasa manisnya iman dan tarbiyah itu. Sehingga berubah pendirian dan sikap untuk lebih menghampiri Pencipta sekalian alam. Betul, bila tengok akhwat sibuk mengaji dan sebagainya, saya pun rasa nak buat juga. Sebabnya kami sama-sama nak jadi sahabat yang saling mengingati kepada kebaikan, kan manis tu.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Ada tiga hal yang apabila ada pada seseorang, nescaya dia akan merasakan manisnya iman; menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya. Dan apabila mencintai seseorang, dia tidak mencintainya melainkan kerana Allah. Dan dia enggan kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya seperti dia enggan dilemparkan ke neraka."

Dan kita sebagai seorang muslim, perlu mengambil kesempatan untuk merasai manisnya iman dengan membina ukhwah dan mencintai sahabat kerana Allah. Walaupun tiada di depan mata, silaturahim tetap terbina dengan ikatan hati yang kukuh jika kita sentiasa menghampiri-Nya kerana iman kepada Allah disambungkan kepada saudara seagama. Ingin berkongsi tentang sahabat saya di universiti ini, ukhti sarah al-haura’. MasyaAllah walaupun saya jarang benar jumpa beliau, tapi bila berjumpa, beliau sering memaniskan muka dan memuliakan sahabat-sahabatnya. Moga Allah redha akan dirimu, ukhti.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat 10 bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara".

Walaupun saya sebagai pelajar sibuk dengan urusan harian dan komitmen yang lain, saya kira tidak wajar kita semua membataskan diri untuk menjalin hubungan persahabatan tambahan pula kecanggihan teknologi yang ada pada hari ini memudahkan lagi perhubungan tanpa memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Ada sahabat yang memerlukan kita untuk berkongsi masalah yang dihadapi dan meminta pertolongan untuk mengatasi kesusahan yang membelenggu.

Hubungan yang erat dan ikhlas tentunya dapat membantu sahabat dalam kesusahan dan sedikit sebanyak memanfaatkan diri kita yang dilahirkan ke dunia kepada orang lain. Bahkan orang yang mengasihi kerana Allah mendapat kemuliaan, kebanggaan dan kehormatan pada saat Allah mengumpulkan mereka pada hari akhirat dan Allah akan menaungi mereka pada hari itu.

Persahabatan jujur lahir daripada hati yang ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa melainkan keredaan Allah (bukan mudah mahu mempraktikkan ini). Sahabat sebegini mempunyai hati yang bersih dan rohani yang suci. Sahabat sebegini tidak terganggu dengan mengadu domba, umpat keji, hasad dengki dan caci maki. Saya kira semua tahu yang iblis sentiasa ingin membinasakan silaturahim sesama Muslim. Jadi insyaAllah, kita sama-sama cuba untuk menutup peluang-peluang untuk syaitan laknatullah itu berjaya.

Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah bersabda maksudnya; "Bahawasanya ada seorang lelaki yang hendak mengunjungi saudaranya di desa yang lain, maka Allah mengutus malaikat untuk menemuinya di sebuah jalan yang akan dilaluinya. Selepas bertemu, malaikat bertanya kepadanya, "Ke manakah kamu akan pergi?" Lelaki itu menjawab, "Aku akan menemui saudaraku di desa ini." Malaikat bertanya lagi, "Apakah ada kenikmatan dunia yang kamu harapkan darinya?" Lelaki tadi menjawab, "Tidak demikian, tetapi kerana aku mencintainya kerana Allah. Malaikat berkata, "Sesungguhnya aku adalah malaikat yang diutus Allah kepadamu untuk mengkhabarkan sesungguhnya Allah mencintaimu sebagai mana kamu mencintai saudaramu kerana-Nya." (Hadis riwayat Muslim)

Subhanallah, tidakkah ini indah?

Tahun ini, ramai akhwat yang bakal menikah. Saya sangat tumpang gembira. Moga urusan kalian dipermudahkan. Betullah kata-kata ukhti sarah al-haura’:

“Bila kita doakan sahabat kita dan sahabat kita dapat yang beliau inginkan, kita pula yang over excited’.

Buat ukhtiku yang sangat special di hati, saya doakan sangat agar urusanmu dipermudahkan. Maaf andai tiada disisi saat diri ini diperlukan. Tapi percayalah, doaku sentiasa buatmu.

Ps: saya sebenarnya sedang menunggu video klip kedua kumpulan shoutul haq. Bila agaknya tu?
rujukan yang sangat membantu: sini

4 comments:

mawarberduri said...

Allahuakbar ukhti subhanallah~

meremang+gementar ana bc+mata bergenang+tarik nfs dlm2 smbil pejam mata........siapalah ana ukhti, hnya hambaNYA y tlalu2 amat hina dan kerdil disisiNYA~rs tak layak utk bsahabat dgn muslimah semulia enti dll...

y sbnY ukhti, enti la y memuliakan shbt wahai ukhti ku y mulia hatiY~

ana tawarkan diri utk jd saksi di hdpn Allah kelak, di Hari Dahsyat itu, bhwa enti adlh shbt y tbaik, lembut pd hati, tegas pd tindakan, dan itulah antara ciri shbt y mulia pekertiY dan tinggi nilai akhlakY wahai ukhti...

aamiin utk doaY wahai gadis seindah Bidadari Syurga. Allahurabbi, kurniakan kpdY segala y dy pohonkan buat shbt2Y, malah Kau berilah y tlebih2 lagi buatY ya Allah, krn ak tahu, Kau sgt2 mcintaiNYA sebagaimana dy berusaha mencintaiMU dgn sepenuh ht~ aamiin. ALlahumma solli ala Muhammad~

mgenali shbt seindahmu adlh antara kenangan terindah dlm hidup ana~masya Allah subhanallah alhamdulillah Allahuakbar~

sherasan said...

ukhti, jazakillah sgt2 doanya. enti sahabat yang sangat baik. banyak yang ana belajar daripada enti. insyaAllah, kita saling melengkapi ye. moga dirimu juga dicintai Allah asbab cintamu padaNya dan pada sahabat2mu..uhibbukifillah ukhti.

nur,1990. said...

suka doa yana...post ini..
bila baca ....(speechless)

-muliakan shbt lebih dr muliakn diri sendiri-

snggup mnjdi saksi di hadapan Allah kelak atas kebaikan sahabat sendiri, di kala waktu itu(yaumul akhir), masing2 sudah tidak akan peduli kn org lain, hanya tgk diri sendiri~
waah, tidak mudah itu..

benarlah firman Nya:-
" teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan, kecuali mereka yang bertakwa" (az-zukhruf 43:67)

-hanya takwa kuncinya. ya takwa..moga tergolong dlm golongan ini, Allah~~

umat Muhammad said...

uhibbunurilahi>

ukhti, ya betul tu. taqwa itu kuncinya. ayat alquran itu, sangat dalam maksudya. insyaAllah, alangkah indah andai kita tergolong dalam golongan yang mendapat naunganNya kelak. (sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah)

banyak ukhti yang ana belajar dari enti. sedari matrik lagi..jazakillah atas segala2nya.
uhibbukifillah ukhti!