24 January, 2011

Pemergian Sahabat Sematrik

bismillahirrahmanirrohim,

tadi saya sedang googling mencari maklumat untuk membuat report food processing: Pineapple Glazed. saya saja taip nama dan batch matrik saya dan Allah telah menemukan saya dengan sebuah blog ini. dari situ, saya baca berita yang sangat mengejutkan.

masyaAllah, seorang sahabat matrik say, Ahmad Nordinnie bin Yunus telah meninggal dunia pada mei 2010. setelah tamat pengajian di matrik, arwah telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang penerbangan di Kedah. walaupun saya tak pernah bercakap dengan arwah, tapi sebagai kawan yang pernah sama-sama belajar di satu medan yang sama, saya cukup terasa dengan kehiangan arwah.

di univerisiti saya sekarang, ada dua orang sahabat sekelas saya yang sekuliah hatta sepracticum dengan arwah. saya kira mungkin mereka berdua lebih terasa dengan kehilangan ini. ikuti beberapa cerita tentang arwah yang sempat saya copy dari blog tersebut.



Arwah merupakan seorang yang periang dan aktif dan merupakan ahli praktikum H7P4. Kehadiran Dini atau nama jolokannya Pisang merupakan satu kebahagiaan kepada setiap ahli H7P4. Beliau sangat menggemari buah pisang, buah pisang menjadi sarapan pagi setiap kali sebelum masuk kelas pagi, tu pun kalau masuk kelas.

JITRA, 11 Mei (Bernama) -- Mayat Pegawai Kadet Kolej Tentera Udara (KTU) akibat lemas semasa menjalani latihan River Crossing di Tasik Paya Pahlawan, Mukim Binjal, dekat sini telah ditemui malam Selasa. Ahmad Nordinnie Yunus, 19, ditemui pada pukul 8.12 malam tadi oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) TUDM.Mayat pelatih itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Pegawai Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mej Kamarulzaman Ali dalam kenyataan media berkata ketika kejadian Ahmad Nordinnie sedang menjalani latihan di bawah pengawasan jurulatih-jurulatih Pusat Latihan Pegawai Kadet (PLP), KTU, Kepala Batas.Semasa latihan sedang berjalan, Allahyarham dipercayai menghadapi masalah menyebabkan beliau tidak dapat mengapungkan diri."

Jurulatih-jurulatih yang menyedari menghadapi masalah, telah bertindak dengan segera untuk membantu tetapi tidak berhasil kerana kejadian berkenaan berlaku dengan pantas," katanya.Kamarulzaman berkata jenazah Allahyarham dijangka tiba di Pangkalan Udara Subang pada pukul 10 pagi esok dengan pesawat CH130 TUDM sebelum dibawa pulang ke pangkuan keluarganya di Ladang RISDA Inas, Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.

Allahyarham berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan adalah anak keempat daripada enam adik beradik, sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Pegawai KTU, dalam tahun pertama kelas Diploma 2012 sejak 8 Jun tahun lepas dan dijangka tamat latihan pada Jun 2012.Sementara itu, Panglima Tentera Udara Datuk Seri Rodzali Daud turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Nordinnie dan bersimpati dengan kejadian yang menimpa Allahyarham.Satu Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian itu.-- BERNAMA

jujurnya apabila membaca berita ini, saya sangat terkejut dan sedih. Sungguh, perancangan Allah itu sangat teliti. perginya arwah pada usia yang muda. semoga berita ini menjadi peringtan buat kita yang masih hidup.



mari, sedekahkan doa buat arwah Ahmad Nordinnie bin Yunus.

link blog tersebut: sini

1 comment:

nur,1990. said...

astaghfirullah, astaghfirullah...
innalillah wa inna ilaihi rajiun..
ini budak kuliah saya Hayat 7 dahulu..

Allah~

muhasabah. moga ditemptkan dikalangan mereka yg soleh. moga Allah ampuni dan rahmati dia, saya, kamu dan semua~~

p/s: masih terkejut