06 March, 2013

Indahnya Hidup Bertahtakan Kesufian


Something happened last Monday. Bertemankan lagu sentimental, aku buka kembali kitab Al-Hikam, karya Ibnu ‘Atha’ilah. Subhanallah, Allah Taala menjatuhkan pandangan mataku pada hikmah yang ke 108, iaitulah mengenai ujian.

Ya, ujian.

Baiknya Allah Taala. Allah Taala itu ada. Yang membuatkan hati tersentuh mengenai kata hikmah yang ke 108 ini adalah:

Rasulullah saw bersabda: “Apabila Allah swt mengasihi seseorang hamba, Dia akan mengujinya. Jika dia bersabar, Allah akan memilihnya (daripada kalangan semua hambaNya). Jika dia redha, Allah akan memilihnya (daripada kalangan hamba-hamba pilihanNya)
(Menurut al-‘Iraqi dalam Takhrij al-Ihya’, hadis ini disebut oleh pengarang al-Firdaus, daripada Ali bin Abi Thalib ra).

Oleh kerana Engkau ya Allah yang mengenakan ujian dan bala kepada makhlukMu, maka lakukanlah apa yang Kamu kehendaki. Ini kerana hamba-hambaMu yang sebenar pasti akan redha, sabar dan menerima segala ujianMu. Justeru, hikmah ini menjelaskan hakikat hambaNya yang sejati.

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan..

Seorang sahabat yang berjiwa sufi berkata padaku semasa kami mengelap equipment lab, usai experiment tentang ikan keli semalam, 

“ Ukhti, indahnya hidup andai hati bertahtakan kesufian, tasawuf dan dekat dengan Allah swt.”
Dan kata-katanya itu, sangat meresapi hatiku. Sejak membaca kitab al-Hikam pinjaman sahabatku itu, aku terus jatuh cinta dengan dunia kesufian.

Ujarnya lagi:

“Masa nak habiskan baucer buku minggu lepas, ana sangat rasa tak keruan bila tak beli at least satu buku tentang kesufian.”

Beliau sangat suka senyum dan ramai yang menyenangi perwatakannya. Masakan tidak, orang yang taqarub dengan Allah taala, memang dicintai manusia.

“Izhad fi dunya, yuhibbakallah, wazhad fiima 'indannas, yuhibbakannas” 
(HR Ibnu Majah)

Maksud sabda kekasih Allah Taala itu adalah: berlaku zuhudlah terhadap dunia, nescaya engkau akan dicintai Allah, dan berlaku zuhudlah sesama manusia, nescaya engkau akan dicintai manusia. (HR Ibnu Majah).

Para pencinta dakwah seperti Imam Syahid Hasan al-Banna dan As-Syahid Syed Quth juga berjiwa sufi tetapi pada masa yang sama, mereka berjiwa haraki.

Hebatkan mereka.

Bertambah terharu dengan kebaikan Allah Taala apabila diberi peluang untuk menadah kitab di musolla farabi oleh seorang pelajar pondok. Bilakah lagi kita mahu utilize peluang2 yang Allah beri?

Melihat pada keadaan sekarang, lebih-lebih lagi menjelang PRU13 ini, lagi perlu kita berkorban jiwa dan harta. Persetankan emosi negative dan focus pada amal. Dan akhirnya, berserah dan redhalah akan takdirNya.

insyaAllah, kitab-kitab kesufian akan ku buru!