25 February, 2013

Will u?


Dia jatuh terduduk di atas padang pasir yang gersang.

Kepenatan.

Sangat penat. Dia dahagakan air..namun, realiti padang pasir, di manakah mahu dicari air sumber penghilang dahaga.

Tekaknya kesat. Terlampau dahagakn air. Setitik air pun dirasakan cukup menghilang dahaga.

Muka tersembam di atas pasir tandus. Tidak berdaya. Hati terasa sayu dan hiba.

“Mampukah aku sampai ke hujung perjalanan”

Air mata mengalir mengenai butiran pasir.

Mata dipejam. Terlalu lemah dirasakan diri ini.

Aku ketandusan tenaga.

Namun sinaran matahari yang terik terasa dihalang oleh sesuatu daripada terus mengenai muka yang sudah kepucatan menahan penat.

Mata sedaya dibuka memandang ke atas. Mencari ‘benda’ yang menghalang sinaran cahaya Ilahi itu.

Pada mulanya pandangan kabur. Kegelapan.

Makin lama benda itu semakin mendekat.

Akhirnya, wajah sahabatnya terukir di pandangan mata dengan jelas. Senyum yang tenang terpamer pada wajah hafizah Al-Quran itu.

Sambil senyum penuh tenang, dia menghulur tangan.

“Jangan tersungkur ukhti. Mari, ana membahu enti”

Mata terpejam. Tanda terharu.

Si Hafizah Al-Quran memegang bahu. Air yang tinggal sangat sedikit dihulurkan kepada sahabat yang sangat kepenatan walaupun pada hakikatnya, dia juga sangat ketandusan air. Bibir sahabat sudah sangat pucat. 

Bangun tadi perlu dipapah.

Sahabat minum air. Si hafizah Al-Quran memandangnya dengan senyuman yang masih tidak lekang. Cukup menenangkan.

“Jazakillah ukhti”. Sahabat mengulur bekas minuman.

“Ana akan rasa sangat kehilangan peneman di jalan juang andai ana membiarkan sahabat tidak seiring dengan ana. Dakwah akan pincang dengan hilangnya nilai ukhuwah. Biar kita seiring dan sehaluan hingga ke akhir titik perjuangan.” Senyuman masih terukir.

Dua sahabat itu diam seketika. Desir angin padang pasir mengisi ruang antara mereka.

Sahabat yang dari tadi diam, membuka mulut.

“Ukhti..”

“Ya?” si hafizah Al-Quran berpaling dan menghadap muka sahabat seperjuangan dengan penuh kasih. Bilamana redha Allah yang diharap dalam ukhuwah, kesusahan sahabat umpama kesusahan buat dirinya sendiri.

“Jangan asingkan ana dari hidup enti” hati disagat kesayuan.

Si hafizah Al-Quran tersenyum lebih lebar dan memegang bahunya.

“Ukhuwah till jannah, will you?”

Akhirnya senyuman sahabat juga terukir.

“Yes, I will”.

The best love is when you love someone who makes your imaan rise, who makes you more pious and who helps you here in the dunya because that person wants to meet you again in the akhirat.


Dakwah akan pincang dengan ketiadaan ukhuwah.