25 February, 2011

I love you for the sake of Allah


"sis.."
"hmm?"
"I love you for the sake of Allah"
"Huh?..jazakillah khair ukhti. Love you too."
Actually, by saying that you love your sisters, brothers and friends is part of the good manners of keeping righteous friendship and it is also a noble and good characteristic.

Telling people that you love them actually will increases the bonds of love and strengthens the ties between you and your sisters.
It was narrated from Anas ibn Maalik (r.a)) that a man was with the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) when another man passed by and he said:

“O Messenger of Allaah, I love this man.
The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said to him: “Have you told him?”
He said: No.
He (Messenger of Allaah) said: “Tell him.”
So he caught up with him and said: I love you for the sake of Allaah.
He said: May the one for Whose sake you love me also love you.

Narrated by Abu Dawood (no. 5125) and classed as saheeh by al-Nawawi in Riyadh al-Saaliheen (183) and classed as hasan by al-Albaani in Saheeh Abi Dawood.
In some reports of the hadeeth it says: “Tell him for it will strengthen the love between you.” Narrated by Ibn Abi’l-Dunya in al-Ikhwaan (69).

Shaykh Ibn ‘Uthaymeen (may Allaah have mercy on him) said:

That is because this word will encourage love in his heart, because if a person knows that you love him, he will love you, even though hearts may recognize and love one another without actually speaking, as the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Souls are like conscripted soldiers; those whom they recognize, they get along with, and those whom they do not recognize, they will not get along with.” But if a person says it with his tongue, this will increase the love in the heart, so you should say: “I love you for the sake of Allaah.” End quote.

Sharh Riyadh al-Saaliheen.

It was narrated that al-Miqdaam ibn Ma’di Yakrib (may Allaah be pleased with him) said: The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “If one of you loves his brother, let him tell him.” Narrated by al-Tirmidhi (2392) and classed as hasan by al-Albaani in al-Silsilah al-Saheehah (417).

It was narrated from ‘Ali ibn al-Husayn ibn ‘Ali ibn Abi Taalib (may Allaah be pleased with him) that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “If one of you loves his brother for the sake of Allaah, let him tell him, for it does well and makes the love last.”

Al-Manaawi (may Allaah have mercy on him) said:

“Let him tell him that he loves him for the sake of Allaah” means, it is mustahabb for him to tell him, by saying I love you for the sake of Allaah not for any other reason such as kindness and so on, because it ensures that the bond will last longer and makes love stronger, and it increases and multiplies love, and brings people together, thus the Muslims will be united, and troubles and grudges will be dispelled. This is one of the good features of Islam. End quote.

This articles was copied from http://blog.iloveallaah.com/. Try to visit this website for more articles.
_Please, spread the loves. Heart that loves is forever young_
InsyaAllah.
Have faith.
Pen off.

16 February, 2011

Sampaikan nasihat walau kita seorang pendosa

Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira.

Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tercinta.

Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.

Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.
Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”. Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.

Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.

Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam.”

(Semua nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).

Imam Nawawi berkata:

“Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah.

Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”. (Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).

Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu saling menasihati dalam kebaikan.

Walau tak kenal

Bismillahirrahmanirrohim..

Usai solat maghrib sebentar tadi, imam di surau toriq membuat pengumuman:

“ InsyaAllah, selepas solat sunat ba’diyah maghrib, kita akan membaca yasin dan tahlil buat saudara kita, Ahmad Muin bin Abdul Malik yang baru meninggal dunia pada 6.23petang tadi. Arwah ialah seorang pelajar pentadbiran Islam semester 6. Dan insyaAllah, solat jenazah akan diadakan pada pukul 9.30 di masjid universiti”

Innanlillahi wa inna ilaihi roojiun.

Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali. (2:155)

Jujur, saya terkejut sangat dan tak rasa langkahan saya ke surau terbut adalah suatu perkara yang sia-sia. Sebenarnya hajat mahu pergi ke surau farabi tetapi disebabkan proses pembaikan jalan sedang dilakukan, jadi jalan tersebut ditutup. Sungguh, aturan Allah untuk hamba-hambaNya itu sangat teliti. Dialah yang mengerakkan saya untuk melangkah ke surau toriq.

Bersyukur sangat kepada Allah kerana memberi saya teguran untuk membaiki keadaan hati yang berkarat ini melalui kematian arwah. Saya beruntung kerana saya dipilih oleh Allah untuk bermuhasabah kembali sedangkan, ada saja rakan-rakan di asrama yang tak tahu mereka sedang buat apa.

“Dia (Allah) berfirman, ‘Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja, jika kamu benar-benar mengetahui” (23:114)

Arwah Ahmad Muin meninggal dunia pada usia yang muda, sama seperti arwah abang saya. Jadi, benarlah firman Allah di atas, kita ini hanya sebentar di dunia. Cuba kita muhasabah kembali, pada pukul 6.23petang itu, apa yang sedang kita buat? Sedangkan pada masa yang sama, arwah Ahmad Muin berhadapan dengan maut.

Semasa yasin dan tahlil di baca, kelihatan beberapa muslimat yang menitiskan air mata kesedihan. Dan selepas solat isyak, ramai muslimin yang saya kira, satu fakulti dengan arwah beramai-ramai ke masjid. Termasuk juga kariah-kariah masjid dan juga pelajar-pelajar lain. Ramai..beruntungnya arwah kerana ramai yang mendoakannya. Menziarahi saudara kita yang sakit adalah salah satu hak saudara kita yang mesti kita penuhi. Bagaimana saya dan kamu kelak, adalah sahabat-sahabat yang sudi menziarahi?

Bila fikir-fikir kembali, ramai sebenarnya sahabat dan saudara saya yang accident, sakit dan meninggalkan dunia kebelakangan ini. Sungguh, itu sebenarnya satu teguran buat saya yang selalu lupa akan nikmatNya. Cuma sebagai manusia yang hina, sering saja mengendahkan teguran itu.

“Sunnguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya” (91:9-10)


Walau arwah bukan sefakulti dengan saya dan saya tak mengenali arwah, tapi rasa sedih itu tetap ada. Kerana arwah adalah saudara seakidah dengan saya.

Tiba-tiba baru saya teringat yang kawan saya yang juga sefakulti dengan arwah, ada bercerita perihal seorang pelajar yang accident beberapa hari yang lepas.

“ Keadaannya teruk, ukhti. Peratus untuk hidup adalah 50-50. Ana dengar dia accident motor dengan motor. Paru-parunya rosak dan ada darah beku di kepala. Ana kenal budak tu. Sedih ana ukhti.”

Dan tidak saya sangka, arwah Ahmad Muin lah orang yang kawan saya ceritakan tersebut.

Terkedu.sedih

Semoga apa-apa yang berlaku pada kita, kita akan mengambilkan sebagai ibrah(pengajaran) untuk lebih mendekatkan kita kepada Allah swt. Semoga kita ini Allah bimbing sentiasa. Didoakan, agar arwah Ahmad Muim ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh, diluas dan diterangkan kuburnya. Semoha Allah terima kepulangan arwah Ahmad Muim dengan keampunan, keredhaan dan rahmat kasih sayangNya”

Akhirul kalam, katalah amin, wahai pembaca.

10 February, 2011

Terharu~


bismillahirrahmanirrohim
Saya ada seorang kawan yang kami dah berkawan sejak dari darjah tiga lagi. Kami sampai sekarang still contact walau dah lama tak bersua muka. Seriously: kangen sama beliau. Baru-baru ada berchat dengan beliau di fb. beliau kata:

"kau dah berubah, aku still macam dulu. nak jadi baik jugak"

saya terharu~
mungkin melalui status islamik di fb dan bahasa yang diguna dengan sahabat-sahabat berfikrah islam yang membuatkan beliau berfikir yang saya sudah berubah. sayangnya Allah pada hamba-hambaNya. sungguh hidayah itu milik Allah.

"Dan barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, dialah yang mendapat petunjuk, dan barangsiapa yang Dia sesatkan, maka engkau tidak akan mendapat penolong-penolong bagi mereka selain Dia..." (17:97)

Kali terakhir kami berjumpa masa raya aidilftri pada tahun 2005 jadi, sudah lebih kurang enam tahun kami tak jumpa. Alhamdulillah, Allah masih pelihara ukhwah kami. Kadang-kadang rasa syukur dan terharu dengan Allah sebab siapalah kita ini hinggakan dapat memimpin sahabat-sahabat yang lain.
InsyaAllah, bak dalam lirik lagu Mana Milik Kita nyayian Rabbani:

"gunakanlah nikmat Allah itu untuk khidmat kepadaNya"

Ya, nikmat kefahaman dalam Islam dan hidayah yang kita sudah dapat, patut kita sebarkan kepada yang lain. Biar lagi ramai yang dapat hidayah dan kefahaman tentang Islam. Dan bilamana seseorang meminta nasihat daripada kita, wajib untuk kita memenuhi haknya itu.
Biar jauh mana jarak saya dan sahabat saya ini, akan saya usahakan untuk memimpin beliau. Sungguh, dia sahabat yang baik. Medium dakwah yang pelbagai zaman sekarang ini akan saya cuba gunakan termasuklah melalui fb dan YM.

Hati kita semua, Allah yang pegang. Maka, doalah pada yang pemegang hati manusia ini kerana bukan kita yang mengubah seseorang, tapi Allah lah jua. Tanggungjawab itu Allah sudah beri, apakah kita mahu menolaknya?

Tiadalah kita ini mampu, melainkan dengan hadirnya pertolongan Allah.

09 February, 2011

Lega Rasanya

gambar ini, adik saya yang download.
Alhamdulillah..lega rasanya masa sedikit terluang setelah berhari-hari menyiapkan reports dan tests. ya Allah, memang terasa kepenatannya. semua terkejar-kejar.