Assalamualaikum
bismillahirrahmanirrohim..
alhamdulillah kepada Tuhan yg menghidupkan dan mematikan..
insyaAllah entry kali ini ana nak share perihal pemergian abang ana yang ana cintai keranaNya, AHMAD MUNZEER BIN ZAITUN yang dijemput Ilahi pada 10/12/2009 yang lepas..
actually abang ana memang di detect ada jantung berlubang sejak kecik lagi. parents ana perasan masa abang ana sekolah rendah. tapi tak serius sampai membawa kepada pembedahan.
abang ana memang pergi mengejut..tak sangka sangat kini ana dah tak ada abang buat selama-lamanya..tapi, semuanya aturan Dia yang berkuasa. ana bersyukur sangat sebab Allah menjemput abang ana pada awal usianya. mungkin dengan perginya arwah pada usianya 22 tahun, arwah tak lakukan lebih banyak kemungkaran..
ana ingat lagi saat bersama arwah..masa hari rabu (sehari sebelum arwah dijemputNya), arwah ada suruh ana basuhkan bajunya yang kotor. ana pun rendam ,berus baju arwah, bilas dan jemur..then bila hospital pulangkan balik baju tu, ana cukup sedih..teringat kembali kenangan itu..
hari khamis tu, lepas sarapan, kakak ana dapat call. lepas cakap2 sekejap, riak kakak ana berubah dan beliau terus menangis..ana risau sangat masa tu sebab mak ana baru je keluar pergi office. ana ingat ada apa2 berlaku pada mak ana. kakak terus nangis sambil menyebut nama Allah..
ya Allah..
then lepas dah habis call, baru kakak cakap yang abg uje da tak ada.(panggilan kami sekeluarga untuk arwah. Je tu disebut mcm kita sebut huuf J). ana tak faham lagi masa tu maksud 'tak ada'..tiba-tiba ayah ana keluar dari biliknya n cakap..
'abang kamu dah tak ada. Dah meninggal.."
rupa-rupanya dalam masa yg sama, polis pun call ayah ana. ana terpegun masa tu..tak menangis pun. tapi bila ayah suruh siap sebab nak bagtau mak ana di office, saat ana nak menyarung jubah ana terus menangis..kakak ana cakap:
"Iya, akak tak tahu akhir dia macam mana." then kakak ana terus menangis dan menangis.
waktu tu, kenangan-kenangan bersama arwah terbayang2 di fikiran.
memang sangat tak percaya..
sebab arwah pergi dengan mengejut..tak menunjukkan sesuatu yang pelik pun masa hari rabu tu. then, ayah ana dan adik yang form 2 pergi ke pejabat mak ana untuk beritahu berita sedih ini. ana tak ikut..ana, kakak dan dua org adik lagi yang umurnya 9 tahun dan 3 tahun tinggal di rumah..
kami kemas apa yang patut. kosongkan ruang tamu..
lepas tu, mak ana bagitau nak kebumikan arwah di kampung, Perak dan suruh kemas semua baju2 sebab mak, ayah dan adik form 2 tu pegi HUKM.
masa tengah kemas barang2, ana bagi mesej kat akhwat dan classamte di Univesiti untuk maklumkn berita ni. harapan ana, agar mereka turut mendoakan abang ana.
"Assalmualaikum ukht. doakan abg ana y ana cintai krnNya, ahmad munzeer B. Mohd Yusoff, ditempatkanbersma org2 soleh, diampuni dosa2nya dan diringankan azb ke asnya. abg ana meninggal dunia pagi td. insyaAllah, akan dikebumikan d perak. mohon ant dan akhwat lain doakan abg ana. mohon sgt.."
dan responnya cukup membuatkan ana terharu..sangat ramai yang bagi mesej tak kurang juga ada yang call memberi ana kata2 semngat..lagi2 akhwat yang ketika itu ada pogram shah alam. tak terucap kata syukur dan terharunya ana kepada mereka..
tapi mesej daripada murobbiyah ana membuatkan ana tiba2 rasa sangat sedih bercampur sebak dan terus nangis. terasa sangat kepahitan kehilangan org yang disayangi. ~Jazakillah ukhti!
semasa perjalannan ke kampung, ana teringatkan lagu mana milik kita-rabbani, juga teringatkan ustaz Asri..
bila sampai di kampung, mak ana yang naik kereta jenazah dari HUKM, sanak-sedara yang cukup ramai, adik ana yang belajar di matrik kedah juga dah sampai. lpas tu ayah ana suruh tengok abg ana yang sudah siap dikafankan. lpas bukak je kain penutup muka arwah, ana terasa sebak dan terus menangis. ana pegang erat tangan adik ana yang blaja di matrik..tak sangka, antara kami adik-bradik abg ana yang 'rasai' dulu.
sungguh tak sangka..sepupu, adik-beradik ayah dan mak ana, opah banyak bagi support termasuklah adik mak ana yang juga kehilangan anaknya yang sebaya dengan ana bulan 7 yang lepas. (semasa ana orientasi di Universiti)
hujan turun masa kami ke surau berdekatan untuk solat jenazah untuk arwah sekali lagi. then, jenazah abg ana dibawa ke tanah perkuburan. hujan hanya renyai-renyai masa tu..mak ana pergi tengok dulu liang lahad untuk pastikan sama ada muat atau tidak untuk jenazah abg ana.
mulanya mak ana rasa macam tak muat sebab abg ana tinggi. tapi, biras mak ana cakap:
"InsyaAllah.."
dan akhirnya arwah selamat untuk dikebumikan..alhamdulillah..
ana dengar talkin dan doa dibacakan. ana memandang langit di tanah perkuburan di situ..betapa kalau Allah nak tarik sesuatu tu, memang sekelip mata je.
selesai semua, kami sekeluarga tabur bunga dan siram air di pusara abg ana. mak ana menagis sungguh2 masa tu..mak ana terkilan sebab kali terakhir mak ana jumpa abg ana masa hari ahad sebelum arwah meninggal pd hari khamis.
ana orang yang last sekali pergi dari puasara abg ana. saat kiraan tujuh tapak kaki ini, ana menangis sambil mendoakan untuk arwah. sampai di kereta, mak ana hampir2 pengsan dan kakak ana terus peluk kuat2 mak ana sambil bisik kata2 semangat..
fitrah manusia, bila sesuatu pergi, baru kita nak menghargainnya. itulah yang terjadi pada ana. ana terkilan sebab tak sempat nak berdakwah kepada arwah..meluangkan masa berborak2 dan buat apa yang sepatutnya seorang adik buat pada seorang abang.
kini, abg ana yang satu-satunya dah tiada.ana sering kali berdoa agar Allah tak melupakan ana bahawa satu ketika dulu ana pernah ana seorang abg yang sgt baik, byk membantu ana dan keluarga, yang ketika dirinya diperlukan akan bangun dari tido.
sungguh, abg ana sangat baik..
arwah anak yang soleh..berulang2 ayah ana berdoa:
dia anak yang baik.
dia anak yang baik..
dia anak yang baik..
sungguh beruntung abg ana kerana arwah pergi saat mak dan ayah ana masih hidup untuk mendoakannnya. sesungguhnya redho Allah terletak pada redho kedua ibubapa dan ana yakin, mak dan ayah ana redho kat arwah krn sememangnya arwah seorang anak yang soleh..
ana ingat lagi masa zaman sekolah dulu, bila ana kena kacau dengan budak lelaki, arwah la yang datang untuk tolong ana. arwah selalu pesan kat ana:
"kalau ada apa2 bagi tau.."
dan banyak lagi kenangan2 ana bersama arwah dan ana berdoa kepadaNya agar tak meluputkan kenangan itu dari fikiran ana.
apapun, sebagai hambaNya yang lemah, kita semua kena yakin akan aturanNya.
semuanya diatur dengan tersusun dan adil. siapalah kita untuk menolak takdir Allah, Tuhan yang menciptakan dan mematikan.
sesungguhnya ana redho dengan pemergiannya.
insyaAllah, hari ini, 31 disember 2009, akan diadakan tahlil untuk arwah di surau toriq bin ziyad di Universiti ana, UDM. jazakillah kepada shbt2 ana yang byk membantu mnguruskan majlis tahlil ini. mohon agar Allah memberi sebanyak kebaikan kepada atunna.
semoga entry kali ni memberi keinsafan kepada kita semua untuk lebih menghargai orang2 yang masih berada di sisi. jangan biarkan lafaz sayang kita tersimpan begitu saja.
ana sedekahkan pahala hasil daripada kebaikan entry kali ni kepada arwah abang ana. moga2 roh arwah tenang tika kini dan selama-lamanya..~al-fatihah~
-mendambacintaIlahi-
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung" (5:35)
30 December, 2009
19 December, 2009
mana milik kita
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Subscribe to:
Posts (Atom)