01 June, 2013

No longer as degree student

Last wednesday was my last lectures as a degree student.
Last 2 two weeks was my last lab as a degree student.
Last sunday was my last day wearing a lab coat.
Final study week as a student begins last Friday.
My final exam will starts this incoming 9th June 2013.
My 'intan payung' thesis will be submitted this monday, 3rd June 2013.
Continue with faculty's farewell  on 21st Jun 2013.
My VIVA yang buat orang ketaq lutut will be on 23rd-25th June, 2013.

Lepas ini?
Mesti teringat-teringat kenangan-kenangan di bawah:
1- Pergi pantai dengan akhawat.
2- Tahan ngantuk dalam kuliah.
3- Buat assignment, lab report and...the 'intan payung' thesis.
4- Pergi lectures.
5- Round2 UniSZA naik fayyadh yang hensem.
6- Nak menadah kitab di musolla.
7- Bulatan membangkit iman.
8- Musim tengkujuh Terengganu.
9- Stay up malam2 untuk siapkan kerja.
10- Pergi masjid UniSZA.
11- Ziarah rumah & bilik akhawat
12- dan..banyak lagi..

 Makin writing thesis, makin jatuh cinta pada ilmu, akin jatuh cinta pada nak duduk tushuguan lama-lama.
Adakah ini petandanya untuk sambung master?

11 April, 2013

Biarlah aku yang menanggungnya.

"Andai tiada orang yang mahu menanggung beban dakwah ini, biarlah aku yang menanggungnya" Ustaz KH Abdullah Rahmat.

Saat ini hati kesayuan tiba-tiba.
Bila kita sanggup menanggung apa yang tak sanggup orang lain menanggungnya, bukankah itu bermakna, dakwah itu sudah menjadi darah daging kita? subhanallah T.T

Dakwah memang membebankan. itu fitrah dakwah. Allah tak menjanjikan kesenangannya di dunia (kiasan)..tapi Allah sangat menjanjikan ganjaran buat mereka2 yang sudi memikul beban ini dengan syurga dan nikmat2 yang lain.

Setia dan benar.

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka diantara mereka ada yang gugur . Dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya)”. Maka allah memberi balasan pahala kepada golongan siddiqin yang bersikap benar, dan allah memberikan azab kepada orang yang munafik jika ia kehendaki atau mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..” [ Ahzab ayat 23-24]

As-Syaheed Syed Qutb ketika memberikan komentar tentang ayat ini katanya :
“Para sahabat r.a.h di zaman Rasulullah SAW telah terbiasa dengan perjanjian-perjanjian mereka dengan Allah. Keteguhan hati dan keyakinan mereka senantiasa dikuatkan dengan adanya pertalian janji tersebut. Mereka berjanji untuk mendapatkan perniagaan yang jauh lebih indah dibandingkan dengan perniagaan apapun yang ada di dunia ini. Mereka tidak ingin begitu saja melepaskan cita-cita mereka dalam mendapatkan kesyahidan, hanya karena lemahnya hati yang tidak terikat pada suatu kepastian.
Dan ketika cita-cita itu belum terwujud, maka mereka menunggu dengan rasa harapan dan rasa penuh bimbang. Harapan agar dipertemukan dengan wanginya bau syurga dalam kesyahidan dan kebimbangan akan keikhlasan mereka dalam menghibahkan jiwa raga di jalan Allah. Maka ketika timbul niat selain dari pada Allah, mereka akan bersujud dan memperbaharui niat mereka agar ketika tiba waktunya nanti, mereka benar benar mendapatkan apa yang dijanjikan oleh Allah.”. Moga kita terus benar dan jujur di atas jalan dakwah ini.

08 April, 2013

Jangan biarkan dia menang.

Pesan seorang sahabat,
"Seperti mana syaitan laknatullah berusaha sungguh-sungguh untuk menarik kita menjadi kawannya di neraka, seperti itu bahkan lebih lagi kita kena berusaha super saiya lebih hebat untuk membawa diri kita ke syurga"

Jangan memenangkan usaha makhluk bertanduk dua itu untuk menjatuhkn kita. Bahkan kitalah yang perlu ketawa berdekah-dekah sebab berjaya jatuhkan, dudukkan dan buatkn dia nanges kekalahan.

Kita layak untuk bahagia, kan?. Justeru, mengapa begitu tegar menzalimi diri dgn berterusan dalam kesedihan?

Kadang-kadang kita sudah kuat, tapi syaitan laknatullah jentik balik titik kesedihan agar kita kembali jatuh. Memang la jahat.

Ya Qahar, kuatkan kami untuk mujahadah.




Dan nasihat daripada sahabat kepada sahabatnya saat kesusahan itu sangat menyentuh. Sahabat juga manusia yang pasti ada titik kekuatan dan kelemahan. Saat dia lemah dan meminta nasihat, tunaikanlah. Kerana sebaik-baik nasihat adalah apabila ianya diminta.

06 March, 2013

Indahnya Hidup Bertahtakan Kesufian


Something happened last Monday. Bertemankan lagu sentimental, aku buka kembali kitab Al-Hikam, karya Ibnu ‘Atha’ilah. Subhanallah, Allah Taala menjatuhkan pandangan mataku pada hikmah yang ke 108, iaitulah mengenai ujian.

Ya, ujian.

Baiknya Allah Taala. Allah Taala itu ada. Yang membuatkan hati tersentuh mengenai kata hikmah yang ke 108 ini adalah:

Rasulullah saw bersabda: “Apabila Allah swt mengasihi seseorang hamba, Dia akan mengujinya. Jika dia bersabar, Allah akan memilihnya (daripada kalangan semua hambaNya). Jika dia redha, Allah akan memilihnya (daripada kalangan hamba-hamba pilihanNya)
(Menurut al-‘Iraqi dalam Takhrij al-Ihya’, hadis ini disebut oleh pengarang al-Firdaus, daripada Ali bin Abi Thalib ra).

Oleh kerana Engkau ya Allah yang mengenakan ujian dan bala kepada makhlukMu, maka lakukanlah apa yang Kamu kehendaki. Ini kerana hamba-hambaMu yang sebenar pasti akan redha, sabar dan menerima segala ujianMu. Justeru, hikmah ini menjelaskan hakikat hambaNya yang sejati.

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan..

Seorang sahabat yang berjiwa sufi berkata padaku semasa kami mengelap equipment lab, usai experiment tentang ikan keli semalam, 

“ Ukhti, indahnya hidup andai hati bertahtakan kesufian, tasawuf dan dekat dengan Allah swt.”
Dan kata-katanya itu, sangat meresapi hatiku. Sejak membaca kitab al-Hikam pinjaman sahabatku itu, aku terus jatuh cinta dengan dunia kesufian.

Ujarnya lagi:

“Masa nak habiskan baucer buku minggu lepas, ana sangat rasa tak keruan bila tak beli at least satu buku tentang kesufian.”

Beliau sangat suka senyum dan ramai yang menyenangi perwatakannya. Masakan tidak, orang yang taqarub dengan Allah taala, memang dicintai manusia.

“Izhad fi dunya, yuhibbakallah, wazhad fiima 'indannas, yuhibbakannas” 
(HR Ibnu Majah)

Maksud sabda kekasih Allah Taala itu adalah: berlaku zuhudlah terhadap dunia, nescaya engkau akan dicintai Allah, dan berlaku zuhudlah sesama manusia, nescaya engkau akan dicintai manusia. (HR Ibnu Majah).

Para pencinta dakwah seperti Imam Syahid Hasan al-Banna dan As-Syahid Syed Quth juga berjiwa sufi tetapi pada masa yang sama, mereka berjiwa haraki.

Hebatkan mereka.

Bertambah terharu dengan kebaikan Allah Taala apabila diberi peluang untuk menadah kitab di musolla farabi oleh seorang pelajar pondok. Bilakah lagi kita mahu utilize peluang2 yang Allah beri?

Melihat pada keadaan sekarang, lebih-lebih lagi menjelang PRU13 ini, lagi perlu kita berkorban jiwa dan harta. Persetankan emosi negative dan focus pada amal. Dan akhirnya, berserah dan redhalah akan takdirNya.

insyaAllah, kitab-kitab kesufian akan ku buru!
 

25 February, 2013

Will u?


Dia jatuh terduduk di atas padang pasir yang gersang.

Kepenatan.

Sangat penat. Dia dahagakan air..namun, realiti padang pasir, di manakah mahu dicari air sumber penghilang dahaga.

Tekaknya kesat. Terlampau dahagakn air. Setitik air pun dirasakan cukup menghilang dahaga.

Muka tersembam di atas pasir tandus. Tidak berdaya. Hati terasa sayu dan hiba.

“Mampukah aku sampai ke hujung perjalanan”

Air mata mengalir mengenai butiran pasir.

Mata dipejam. Terlalu lemah dirasakan diri ini.

Aku ketandusan tenaga.

Namun sinaran matahari yang terik terasa dihalang oleh sesuatu daripada terus mengenai muka yang sudah kepucatan menahan penat.

Mata sedaya dibuka memandang ke atas. Mencari ‘benda’ yang menghalang sinaran cahaya Ilahi itu.

Pada mulanya pandangan kabur. Kegelapan.

Makin lama benda itu semakin mendekat.

Akhirnya, wajah sahabatnya terukir di pandangan mata dengan jelas. Senyum yang tenang terpamer pada wajah hafizah Al-Quran itu.

Sambil senyum penuh tenang, dia menghulur tangan.

“Jangan tersungkur ukhti. Mari, ana membahu enti”

Mata terpejam. Tanda terharu.

Si Hafizah Al-Quran memegang bahu. Air yang tinggal sangat sedikit dihulurkan kepada sahabat yang sangat kepenatan walaupun pada hakikatnya, dia juga sangat ketandusan air. Bibir sahabat sudah sangat pucat. 

Bangun tadi perlu dipapah.

Sahabat minum air. Si hafizah Al-Quran memandangnya dengan senyuman yang masih tidak lekang. Cukup menenangkan.

“Jazakillah ukhti”. Sahabat mengulur bekas minuman.

“Ana akan rasa sangat kehilangan peneman di jalan juang andai ana membiarkan sahabat tidak seiring dengan ana. Dakwah akan pincang dengan hilangnya nilai ukhuwah. Biar kita seiring dan sehaluan hingga ke akhir titik perjuangan.” Senyuman masih terukir.

Dua sahabat itu diam seketika. Desir angin padang pasir mengisi ruang antara mereka.

Sahabat yang dari tadi diam, membuka mulut.

“Ukhti..”

“Ya?” si hafizah Al-Quran berpaling dan menghadap muka sahabat seperjuangan dengan penuh kasih. Bilamana redha Allah yang diharap dalam ukhuwah, kesusahan sahabat umpama kesusahan buat dirinya sendiri.

“Jangan asingkan ana dari hidup enti” hati disagat kesayuan.

Si hafizah Al-Quran tersenyum lebih lebar dan memegang bahunya.

“Ukhuwah till jannah, will you?”

Akhirnya senyuman sahabat juga terukir.

“Yes, I will”.

The best love is when you love someone who makes your imaan rise, who makes you more pious and who helps you here in the dunya because that person wants to meet you again in the akhirat.


Dakwah akan pincang dengan ketiadaan ukhuwah.

08 January, 2013

Sifat Sufi dan Zuhud


“Selamat menyelami dunia kesufian, ukhti^^”

Dia menghulurkan kitab tebal berwarna hijau di depan pintu bilik.

“Eh, tak masuk dulu?”

“Tak mengapa, ana nak ke surau. Jaga baik-baik kitab kecintaan ana ni na”.

“InsyaAllah, I will”

Syarah al-Hikam

Dia membelek kitab di tangannya. Kitab itu bertajuk Syarah al-Hikam, jilid 2, dikeluarkan oleh syarikat Telaga Biru dan diterjemah dan disyarah oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Penulis sebenar ialah Imam Tajuddin Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim bin ‘Atha’illah as-Sakandari. 

Membaca isi kandungannya sahaja sudah terasa jiwa kesufian meresap ke jiwa. Antara tajuk isi kandungannya ialah:

11)      Sebagai ganjaran Allah swt kepadamu atas ketaatanmu, cukuplah redha Allah.

22)      Apabila Allah swt memberi kurnia kepadamu, Dia menjadikan kamu menyaksikan kebaikanNya.

33)      Janganlah kamu menuntut dan mendesak Tuhanmu dengan sebab kelewatan.

44)      Allah swt menyuruhmu di dunia ini supaya melihat, merenung dan berfikir.

55)      Allah swt telah mengetahui tentang dirimu bahawa kamu tidak akan bersabar.

66)      Jadilah orang yang bergantung kepada sifat-sifat ketuhanan Allh swt dan mentahkikkan.

77)      Kamu lebih memerlukan sifat lemah lembut Allah swt semasa kamu taat kepadaNya.

88)      Kamu tidaklah ditemani kecuali oleh Tuhan yang menemanimu, dalam keadaan Dia Maha Mengetahui tentang segala keaibanmu.

99)      Sekiranya cahaya keyakinan telah terpancar untukmu, nescaya kamu nampak akhirat itu.

110)   Apabila orang yang beriman (dengan keimanan yang sempurna) dipuji, dia rasa malu kepada Tuhanmu.

111)   Apabila golongan ahli zuhud dipuji, mereka berdukacita dan susah hati.

112)   Keinginanmu agar makhluk mengetahui keistimewaanmu adalah bukti ketiadaan sifat benar.

113)   Hilangkanlah (daripada hatimu) pandangan makhluk kepadamu, dengan (cara kamu berpada dengan pandangan Tuhan.

114)   Sesiapa yang benar-benar mengenali Tuhan Yang Maha Haq akan menyaksikanNya pada setiap sesuatu.

115)   Hanya kepada kehendak Allah swt jua setiap sesuatu (daripada segala makhluk ini) bersandar dan bergantung.

Pada saya, para pendukung risalah lah yang lebih-lebih lagi perlukan sifat sufi dan zuhud ini. Tapi pada masa yang sama, merekalah yang berani dan berjiwa syabab. Tak ke osem namanya tu?

30 December, 2012

Lunyai? Beruzlah lah.


Dia duduk di atas pasir. Menemani sahabat.

“Saya penat”, ujar sahabat yang galau hatinya. Masing-masing masih tidak mahu mengalihkan mata daripada melihat laut yang terbentang luas.

Mendamaikan.

Sebelum memberi nasihat, tangan kanannya memegang kejap bahu sahabat. Ditariknya sahabat dalam pelukan.

Erat.

Agar sahabatnya tak rasa keseorangan. Agar sahabatnya rasa, ada yang menyayanginya.

“Kita memang akan penat bila kita kejar manusia.”

Sahabat melentokkan kepala ke bahunya.

Terasa kebersamaan.

“Tahu tak, Allah itu cemburu melihat hamba-hambaNya yang mengetepikannya. Kenapa mencari manusia di kala susah? Mengapa manusia yang pertama sekali dicari dan bukannya Allah? Sedangkan Dia yang menciptakan kita, maka selayaknya Dia yang pertama kita rujuk.”

Nafas berat terkeluh jua.

Masing-masing merenung pantai. Seakan memikirkan ayat tadi.

Sahabat yang diam dari tadi bersuara.

“Kamu, saya teringin nak beruzlah. Saya teringin nak rasa: cukuplah Allah bagiku. Saya nak kuat macam dulu..saya dah penat.”

Dia tersenyum. Hakikatnya, itu jualah yang dirasa. Teringin mahu beruzlah agar rindu dan cinta kepada Pencipta segar kembali.

“Jom sahabatku. Moga kepenatan kita terubat. Bila Dia teguh di hati, dunia ini hanya remeh dan sangat sia-sia”

Sahabatnya menambah,

“Tapi selain kasih sayang Allah, kita juga perlukan manusia atau lebih tepat lagi… kita perlukan akhawat. Kalau tak, tak wujudlah ukhuwah..tak wujudlah habluminannas..kan kamu?”

Dia tersenyum.

“Ya benar..tapi jangan biarkan kebergantungan dan kebersamaan kepada manusia itu lebih tinggi daripada kebergantungan kepada Allah. Nanti Dia cemburu…”

Sahabatnya menengakkan kepala kembali menghadap laut. Ombak kuat lantaran baru saja hujan reda.

“Dan untuk beruzlah, kita perlukan keazaman dan tekad yang kuat. Beruzlah lah sampai Allah itu kau temui.”

Dia menambah:

“Ya, aku menyahutnya. Pantai, langit, pasir dan batu-batu ini menjadi saksi keazaman dan tekad kita.”

“Ya, insyaAllah. Aku mahu bertemu dengan jiwamu yang baru usai kita beruzlah nanti”

“Biiznillah.”

Sengih.