25 May, 2010

Kuey teow kungfu Syiifaiqramah

Kuey Teow Kungfu Syiifaiqramah.

Bahan-bahan A

Telur (ikut kuantiti kuey teow. Kalau guna banyak kuey teow, maka banyaklah guna telur)
Kuey teow (ikut banyak mana )
Garam.

Bahan-bahan B (kuah)

Bawang merah
Bawang putih
I sudu tepung jagung
Udang basah/ayam/sotong/daging
Kobis, carrot..(boleh letak apa-apa sayur yang disukai)

Cara-cara

Dimulakan dengan bismillah, selawat dan senyuman.
Pecahkan telur, letakkan sedikit garam dan pukul sampai kembang.
Campurkan kuey teow yang sudah dibasuh ke dalam telur dan goreng sampai masak.
Hidang di dalam pinggan/mangkuk.

Untuk kuah:

Setelah minyak dalam kuali panas, masukkan bawang merah dan bawang putih.
Selepas itu, masukkan sayur-sayur yang harus dimasak dalam kadar yang lama dulu, contohnya carrot. Seterusnya, masukkan air dan udang/ayam/sotong...
Setelah sayur-sayur dan sumber protein tersebut masak, masukkan sayur-sayur yang lain dan tepung jagung (untuk memekatkan kuah).
Letakkan air lagi (jika mahu untuk kuah banyak) dan garam secukup rasa.
Tuangkan kuah ini ke dalam pinggan/mangkuk yang berisi kuey teow goreng bersama telur tadi.
Hidangkan dengan penuh kasih sayang.
Akhir sekali, ucapkanlah Alhamdulillah dan membaca doa:

“Ya Allah, semoga hamba-hambaMu yang memakan makanan yang saya masak ini, akan memperoleh berkah dan hati yang mencintai kebaikan.”

Atau anda boleh membaca apa saja doa yang terlintas dalam benak anda. Untuk lagi sedap, makanlah secara berjemaah dan dimulai dengan doa makan. InsyaAllah, akan peroleh berkat daripadaNya. Selamat mencuba!





p/s: jazakillah kepada ukhti syiifaiqramah. Moga Allah swt melimpahkan sebanyak-banyak kebaikan ke atas diri enti yang telah memberi tunjuk ajar untuk resepi di atas.

24 May, 2010

ibroh riadah di UiTM

Bismillahirrohmanirrohim..

Segala pujian hanyalah untuk Al-Khaliq, Tuhan yang menciptakan segala-galanya. Dia memberi tanpa kita meminta apatah lagi jika kita meminta. Selawat dan salam untuk uswataun hasanah kita, Rasulullah saw yang kerana perjuangan Baginda, dapatlah kita merasai nikmat iman dan Islam itu sendiri.

Alhamdulillah, weekend lepas sempat pergi beriadah di UiTM, Shah Alam bersama kakak dan kawan-kawannya. Disebabkan UiTM itu sangat besar, jadi kami tersesat agak lama sebelum selamat sampai di court sukan yang berdekatan dengan Kolej Teratai dan Kolej Delima. Sudah setia menunggu, Kak Nisa, Kak Maria dan Kak Farina yang sedang bermain badminton.

Tapi, agak kehairanan sebab court itu netnya rendah. Hari itu memang ramai student yang bermain sama (tapi court kami kosong masa itu). Ada yang main tenis, skuasy dan macam-macam lagi. Tiba-tiba, ada sekumpulan lelaki yang berseluar pendek, datang bermain sepak takraw. Maka tahulah kami bahawasanya, court itu adalah court sepak takraw.

“Ei, abang tu pakai seluar pendek. Kesian2, tak cukup kain rupanya..”adik saya kata.

Kami pun mengambil keputusan untuk berpindah ke court bola keranjang. Sampai saja di sana, ternampak ramai students. Rupa-rupanya ada pertandingan skuasy dan bola. Makanya,kami nampak lagi ramai kelihatan budak lelaki yang pakai seluar pendek.

Tanpa menghiraukan pemandangan yang agak menyesakkan mata, kami teruskan riadah.

“Jom amik milo free..”Kak Aini, yang datang lewat sikit daripada kami mengajak sambil menunjuk ke arah sebuah lori milo yang sedang mengagih-agihkan milo free kepada orang ramai.

Free? Apa lagi, kami semua serbu lori milo tersebut. Nak sampai saja lori milo, adik saya tanya.

“Tak pe ke minum milo tu? Bukan boikot ke?”

“Tak pe, sebab benda tu free. Tak guna duit kita pun. “

“owh.”

Selesai riadah, kami pun membuat halaqah, untuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh kakakku. Sedang asyik mendengar tazkirah, tiba-tiba seorang kakak yang saya terserempak masa ambil air milo free, duduk dalam halaqah untuk sama-sama mendengar tazkirah.

Rupanya, kakak itu memang sedari tadi melihat saja kami mendengar tazkirah dari jauh. Akhir sesi tazkirah, kami pun bertaaruf dengan kakak tersebut. Kak Syikin namanya, lahir di KL, membesar di Kelantan dan sekarang duduk Gombak. Sebelum balik, Kak Syikin meminta nombor phone kakakku yang member tazkirah tadi. InsyaAllah, Kak Syikin boleh join riadah yang akan datang.

Budak-budak lelaki yang lalu-lalang di situ hanya memandang kami membuat tazkirah di court bola keranjang tersebut. Moga-moga, tersentuhlah hati mereka.

Katakanlah amin..

Itulah ibrah terbesar daripada post kali ini yang saya mahu kita semua perhatikan. Kadang-kadang jika mahukan sesuatu kebaikan itu, kita sendiri yang kena gerak. Hidayah itu, kena cari juga. Dan bila dapat hidayah itu, janganlah lepaskan ia dan kalau boleh, gigit dengan gigi geraham pun tak apa. (analogi). Dan apa yang saya nampak, itulah yang Kak Syikin buat. Gerak sendiri ke arah kami.

Ibrah seterusnya, riadah itu penting. Kan badan yang sihat itu salah satu muwasafat tarbiyah. Lagi-lagi sebagai seorang student, belajar-belajar juga, tapi kesihatan badan jangan terabai. Riadah yang santai-santai antaranya dapat eratkan ukhwah sesame akhwat yang kadang-kadang jarang dapat berjumpa. Tapi, insyaAllah, dengan riadah yang hanya sejam saja, dapat menguatkan tautan hati kita.

Akhirul kalam, tiadalah saya dapat pergi riadah, dapat jumpa Kak Syikin dan dapat tulis post ini melainkan dengan belas serta ilham daripadaNya yang Maha Kaya dan Pemurah. Moga kita semua tergolong dalam kalangan hambaNya yang bersyukur. Amin..

~mendamba.cinta.agung~

17 May, 2010

peristiwa itu mengingatkanku tentang seni mempertahankan diri

Bismillahirrohmanirrohim..

Hari ini, hari yang mengajar banyak perkara.

1) Allah swt itu maha pengampun dan Pemurah. Malunya..Biar banyak manapun dosa yang tanganku buat, hakikatnya, taubat Allah masih terbentang terbuka. Masih memberi diri ini peluang untuk bertaubat. Alangkah keji diri ini. Masih tak sedar akan kemurahanNya. Malah kadangkala, ambil kesempatan atas kemurahanNya.

2) Sebagai muslimah, pentingnya kena ada seni mempertahankan diri. Kenapa tiba-tiba hal ini diperkatakan? Sebabnya, atas kuasaNya, dalam perjalanan ke pasar bersama umi yang dikasihi, dengan mata kepala sendiri, saya menjadi saksi satu kejadian ragut. masyaAllah, saya sangat kasihan akan mangsa ragut tersebut. Beliau hanya menaiki beca sambil membawa maknya yang tua. Sampai hati peragut itu..terjerit-jerit mangsa itu. Namun, apakan daya, saya agak berada jauh dari tempat kejadian. Hanya mampu memandang saja dengan perasaan yang sangat terkejut, dan kasihan.

Spontan teringat kejadian yang sama menimpa adikku hanya di depan rumah. Sedangkan kami semua masa itu sedang mengangkut (mengangkut ke mangangkat?) barang ke kereta untuk balik kampung. Saya yang sedang bancuh susu untuk adik bongsu, terus menerpa ke arah adik yang menjadi mangsa tersebut dengan botol susu yang masih di tangan apabila tiba-tiba adikku menjerit macam ayam.

Seperti biasa, adikku menangis kerana ujian yang menimpa dirinya itu. Sambil berkata:

“coklat aku dalam beg...”

Alangkah mengarutnya..


Instead of said:

“ya Allah, beg dompet aku..dalam tu ada ic dan segala bagai..”

Alangkah mengarutnya adikku itu..

Tak mengapalah, mungkin masa itu adikku tak waras fikirannya. Pagi tadi, terfikir bagaimana jika hal demikian terjadi pada diriku? Berserah atau melawan?

Some people said:
“biarlah harta hilang, jangan sampai nyawa tu hilang..”

Betul juga..
Tapi bagi mereka yang sudah ada seni pertahanan diri, adakah anda juga mahu meyerah begitu saja?

Some people said:
“ kalau menyerah, dah tu buat apa belajar taekwando, silat..”

Others said:
“tak berani aku..tak mantap lagi, tak practice betul-betul lagi..”

Tak mengapa, setiap orang ada kekuatan masing-masing. Andainya berasa diri mampu untuk melawan, buat yang terbaik dan niatlah ikhlas kerana Allah swt untuk melawan. Bukannya untuk orang kata kita ini berani. (teringat Laksamana Sunan dalam novel Cinta Sufi, Asid dan Irfan dalam novel Sinergi bertempur)

Banyak sebenarnya persatuan-persatuan seni mempertahankan diri di Malaysia ini. Dalam jangan dilupakan, dalam belajar apa jua seni mempertahankan diri, ikhtilat antara lelaki dan perempuan jangan dilupakan. Kalau di universiti saya sendiri, ramai kawan-kawan saya yang masuk Persatuan Silat.

Dalam kelas itu, lelaki dan perempuan dijarakkan. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Tenaga pengajar perempuan yang pun ada. Semuanya mengambil jurusan agama. Makanya, insyaAllah, mereka faham akan batas-batas pergaulan. Dan diakhir kelas juga, tenaga-tenaga pengajar akan memberi sedikit tazkirah ringkas untuk peringatan bagi semua yang sememangnya seringkali alpa.

~mendambacinta.dan.kekuatan.daripadaNya~

13 May, 2010

Novel Sinergi-Hilal Asyraf

Bismillahirrohmanirrohim

Dengan namaNya yang Maha Kaya, tiadalah saya dapat peluang ,menulis lagi melainkan dengan belas daripadaNya, alhamdulillah.

Baru beberapa masa yang lepas, seorang sahabat saya menghadapi masalah dan meminta saya beri pendapat tentang masalahnya. Memang tak dinafikan, dalam kita berukhwah, kita akan diuji tentang persahabatan kita. Dan dengan mehnah itulah, persahabatan kita akan jadi lebih matang, insyaAllah.

Saya rasa sangat dihargai kerana dalam banyak-banyak kawan, saya yang diberi kepercayaan. Jazakillah kepada ukhti Hajar. Pada mulanya, saya rasa keberatan kerana ada kepentingan lain yang perlu diuruskan. Tapi memikirkan kesusahan ukhti Hajar dan tanggungjawab saya sebgai sahabat, maka saya cuba sedaya mungkin.

Bercerita mengenai sahabat, saya mahu berkongsi mengenai satu novel ini yang bertemakan ukhwah antara sahabat dan iman.

Jika kamu semua perasan , saya ada cakap teringin sangat beli novel Sinergi-Hilal Asyraf pada post saya yang lepas. (tak ingat post yang ke berapa). Dan Alhamdulillah, adik kesayangan, ukhti Amirah sempat beli buku itu di MPH. Allah jualah yang dapat membalas jasa beliau yang berpenat lelah cari buku ini. Segala puji baginya, sempat juga habiskan buku ini dalam masa...beberapa hari. (lama ke? adik saya kalau baca novel, only takes a few hours!)


Secara kasarnya, buku ini mengisahkan ukhwah yang amat mendalam antara dua sahabat, Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan yang sama-sama menuntut di Jordan. Rasanya ukhwah dan persahbatan mereka berdua dalam novel Sinergi ini kesinambungan daripada novel Remaja Mulia-Hilal Asyraf. Ukhwah dan persahabatan mereka berdua yang berpaksikan iman menjadikan mereka sangat rapat dan bersama menyebarkan ‘aura’ harmoni kepada masyarakat khususnya pelajar-pelajar Melayu.

InsyaAllah, ukhwah fillah tetap kekal selamanya biarpun apa jua mehnah yang mendatang. Kehadiran Disaster Five yang bekas pelajar Henry Gurney selalu menimbulkan kacau bilau yang menguji kelangsungan ukhwah antara Irfan Hakimi, Rasyid Zakwan dan masyarakat Jordan. Memang banyak suspennya novel ini. Lagi-lagi bila hal Sara Nasuha dan pertunagan Irfan Hakimi dibangkitkan.

Tak boleh nak cerita lebih-lebih tentang konflik bila munculnya Sara Nasuha ini. Nanti tak best pulak kepada siapa-siapa yang tak baca novel ini lagi. Apa-apa pun yang berlaku antara dua sahabat ini termasuklah dituduh gay, mereka tetap bersama. Kerana apa? Kerana ukhwah mereka didasari dengan keimanan.

Iman..

Iman..

Iman..

Saya person satu perkara, novel ini sedikit sebanyak mengajar macam mana nak berdepan dan berdakwah dengan orang seperti Disaster Five, Amir Hudzaifah dan Secret. Saya yang baca pun kadang-kadang geram bangat dengan kacau-bilau yang mereka timbulkan.

Tetapi dengan semangat, kesatuan hati dan kefahaman tentang dakwah itu sendiri, Ifran Hakimi, Rasyid Zakwan dan ahli-ahli Permai berjaya menundukkan Disaster Five yang kemudiannya bersatu dengan mereka dalam menyebarkan syiar Islam. Ya, secara tak langsung, novel ini menceritakn bagaimana mana mahu berdakwah dengan manusi yang pelbagai ragam.

Konklusinya, novel ini sangat baik untuk dibaca. Jujurnya, saya sangat cemburu dengan ukhwah mereka. Jadinya, saya cuba untuk menjadi sahabat yang baik pula, insyaAllah. Apa-apa pun, keimanan adalah paksi. Jika semuanya didasari kerana Allah swt, maka, tak sia-sia apa yang kita usahakan. Bersyukur sangat dapat baca buku ini. At least, cuti setakat ini terisi. Alhamdulillah..

04 May, 2010

Bismillahirrohmanirrohim..

Dengan namaMu ya Allah, yang Maha Kaya, kurniakanlah aku ilham...

Alhamdulillah, akhirnya berakhir juga mujahah di medan exam dan kini tiba tiba pula bermujahadah di medan baru-rumahku sayang. Berakhirnya tahun satu, bermakna bermulanya musim cuti semesta. Dan semestinya banyak benda yang boleh dibuat sepanjang cuti 2 bulan ini. Setiap kali pulang ke rumah, satu kerunsingan yang wajib menjelma di minda:

~kecairan iman dan mutabaah~

Berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu, mutabaah selalu tak terjaga bila balik rumah. Mungkinkah kerana ketidaksungguhan dalam menjaga iman? Atau terlalu manjakan diri?
Banyak sebenarnya benda yang boleh dibuat termasuklah tido, tengok tv, shopping, layan facebook, online sampai banyak kerja tergendala...tapi takkan setelah ditarbiyah semua benda tak berubah dari zaman karat jahiliyah dulu?

Jadinya, penting untuk kita penuhi masa kita dengan benda-benda yang bermanfaat. Antaranya, tingkatkan thaqafah dengan membaca buku-buku yang susah kita nak habiskan dek kerana kesempitan masa semasa di universiti. Masa cuti nil ah kita boleh balun buku, novel dan hafazan yang tertunggak.

Apa-apa pun membaca itu sangat penting, saya sudah ada buku target saya sendiri yang memang sejak dari awal sem dulu buku ni dah ada dalam tangan. insyaAllah, cuti ini nak cuba khatamkan buku-buku ni.


buku-buku yang dipinjam daripada ukhti afiqah

Yang dirisaukan juga, emosi yang jarang-jarang dapat dikawal. Paling tak tahan dengan kerenah adik yang paling bongsu, Iman Muazzin. moga diberi kekuatan untuk menjaga beliau.



Dalam diri bermujahadah menjaga iman dan mutabaah, peranan orang-orang sekeliling sangat penting. Masakan tidak, kerana merekalah antara sumber peringatan setelah Allah dan Rasul. Makanya, saya sendiri dan anda semua berperanan mengingatkan sahabat-sahabat kita. Bila kita mengaji, ingatkan juga sahabat kita. Bila kita tahajud, jangan lupa miscall yang lain.

credit to salamah

dan kalau tension, cuba maniskan muka dengan senyuman yang paling manis. Macam gmbar di bawah ini.


siapa kenal gambar ni?

chill

kerana itulah apa yang diajar oleh uswatun hasanah kita, Rasulullah saw. tapi, tak dinafikan, dalam keadaan marah kadang-kadang, tindakan tidak terkawal. mahu senyum pun amat payah. tak mengapa cubalah dulu.

Semoga, kepulangan kali ini, lebih bermakna buat diriku dan sahabat-sahabatku yang lain. Ijtihad tanjah! nikmati komik di bawah.